Thursday, April 28, 2011

Drama Juvana Untuk Teladan


Salam, hey guys.. korang ade tgk tak cerita Juvana ni?? sumpah aku kata, mmg bagus untuk ditonton. bukan untuk dijadikan ikutan tapi sebagai pengajaran.. Kalau sebelum nih setiap hari isnin bukak Tv3 kul 9 je ada cerita gemilang, nka tgk saif yg agak ensem tuh, haha tapi skg saif da tua dah.. cerita pon dah abis... pe kata layan cerita Juvana ni pulak..

sedikit sinopsis..

Episod 1
Seorang remaja berusia 17 tahun, Daim bin Yahya, ditahan atas tuduhan membunuh ibu serta teman lelaki ibunya. Memandangkan kes Daim masih dalam tempoh perbicaraan, Daim telah dihantar ke Sekolah Pemulihan Akhlak Wira Bakti (sebuah sekolah NGO) sehingga kes pembunuhan ibunya selesai dibicarakan.


Di sekolah tersebut, kita diperkenalkan kepada watak Warden sekolah tersebut, Encik Raja, yang tegas, Guard yang tiada belas kasihan, Tony, timbalan Warden, Cikgu Ariffin serta guru kelas mekanik, Cikgu Azmee. Selain itu, kita juga ada watak makcik kantin, Auntie, yang sentiasa ceria dan mesra dengan semua pelajar serta anaknya yang cantik, Nadia, yang meluat dengan kerenah para pelajar sekolah itu.


Sebaik sahaja tiba di sekolah itu, Daim yang memang pendiam orangnya terpaksa berhadapan dengan samseng-samseng yang diketuai oleh Botak dan kuncu-kuncunya. Beliau dipukul, dan dipaksa menjadi balaci (hamba) kepada Botak.


Mujur, dia berjaya mendapat seorang rakan baru bernama Apek, bekas pelarian dari sekolah tersebut, yang arif tentang selok belok sekolah tersebut dan menceriakan keadaan dengan telatahnya yang lucu. Watak Daim yang pendiam juga turut mendapat perhatian dari Nadia, yang merasai ada sesuatu yang berbeza dengan perangai Daim, seolah-olah dia memang tak bersalah.
Salah seorang pelajar yang baru masuk bersama Daim, Black, turut menjadi perhatian Botak dan kuncu-kuncunya. Kerana kelancangan mulut Black, mereka telah membelasah Black sehingga dia jatuh sakit. Akibat tidak tahan dengan rungutan Black yang merayu untuk dihantar ke hospital, Botak dan kuncu-kuncunya telah memaksa Black untuk memanjat pagar asrama, mengatakan kalau dia nak ke hospital, dia cuma perlu keluar dari sekolah itu. Ketika itu, Black tergelincir dan jatuh.


Antara Pesalah Juvana


PESALAH JUVANA
DAIM
Nama : Daim Bin Yahya
Umur : 17 tahun
T.Lahir : 19 Disember 1994
Alamat : 11A, Jalan Cecewit 6/2, Kota Damansara, Kuala Lumpur
Kes  : Bunuh
Ringkasan : 
-Dimasukkan ke Sekolah Pemulihan pada 15 Januari 2011
-Tertuduh disyakki membunuh ibu dan teman lelakinya
-Ditangkap ditempat kejadian
-Kes masih dalam perbicaraan





PESALAH JUVANA
AYAM
Nama : Haris Bin Isa
Umur : 17 tahun
T.Lahir : 20 November 1994
I.C : 941120-14-4081
Alamat : 6,Jalan Maarofan, Bangsar, Kuala Lumpur
Kes : Buang Bayi
Ringkasan :
-Dimasukkan ke sekolah pemulaihan pada 13 September 2010
-Tertuduh disyakki membuang bayi bersama pelajar perempuan di tong sampah
-Kes masih dalam perbicaraan





PESALAH JUVANA
BOTAK
Nama : Abdul Naim Bin Malik
Umur : 17 tahun
T.Lahir : 16 Ogos 1994
I.C : 940816-03-4063
Alamat : No 8, Jln 6/3, Bandar Baru Bangi, Bangi, Selangor Darul Ehsan
Kes : Mendatangkan kecederaan kepada mangsa
Ringkasan :
-Dimasukkan ke sekolah pemulihan pada 20 Julai 2010
-Tertuduh disyakki didera oleh bapanya sendiri
-Ditangkap kerana telah memukul pelajar sekolah sehingga parah





PESALAH JUVANA
APEK
Nama : Khairuddin Bin Shamsuddin
Umur : 16 tahun
T.Lahir : 12 Oktober 1995
I.C : 951012-01-4031
Alamat : 12-1, Perumahan Awan, Sungai Ramai, Kajang
Kes : Menipu orang sehingga menyerahkan wang
Ringkasan :
-Dimasukkan ke sekolah pemulihan pada 17 Ogos 2010
-Tertuduh disyakki menipu orang ramai untuk wang
-Dihantar ke balai polis oleh orang awam
-Ditangkap semula setelah melarikan diri dari sekolah pemulihan








PESALAH JUVANA
FIT
Nama : Mohd Razif Bin Sulaiman
Umur : 17 tahun
T.Lahir : 1 Julai 1994
I.C : 940701-01-4117
Alamat : Blok 6-3, Flat Seri Bayu, Taman Suga, Cheras, Kuala Lumpur
Kes : Menagih dadah
Ringkasan :
-Dimasukkan ke sekolah pemulihan pada 14 Ogos 2010
-Tertuduh disyakki menagih dadah
-Ditangkap ketika serbuan di Flat Seri Bayu





PESALAH JUVANA
GABAN
Nama : Azizan Bin Shafik
Umur : 16 tahun
T.Lahir : 17 Februari 1995
I.C : 950217-10-4089
Alamat : 14, Jalan Jasmina Putih, Taman Jasmin Putih, Cheras, KL
Kes : Lumba Haram
Ringkasan :
-Dimasukkan ke sekolah pemulihan pada 13 September 2010
-Tertuduh ditangkap ketika berlumba dijalan Kenanga
-Ditangkap ketika cuba melarikan diri
-Kes dalam perbicaraan








PESALAH JUVANA
GAJAH
Nama : Firdaus Bin Nasir
Umur : 17 tahun
T.Lahir : 26 Mei 1994
I.C : 940526-71-4333
Alamat : 2010,Jalan Besar, Kampung Duyong, Umbai, Melaka
Kes : Mengugut untuk bunuh
Ringkasan :
-Dimasukkan ke sekolah pemulihan pada 16 Disember 2010
-Tertuduh disyakki mengugut untuk binuh guru di sekolah
-Diserahkan di Balai Polis oleh guru sekolah
-Kes masih dala perbicaraan










.............................................................................
hah, kalau nak tau macam mana jalan cerita dia lagi jum la.. tgk Tv3 setiap hari Isnin Jam 9Pm..

p/s :*Semua info di atas hanyalah rekaan untuk tujuan penceritaan sahaja. Tiada kena-mengena dengan mana-mana pihak. 

Wednesday, April 27, 2011

COUPLE ISLAMIC

COUPLE ISLAMIK....apa 2??



jom baca kisah ni..kot2 paham....



Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah.



beberapa tahun berlalu...Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. "COUPLE ISLAMIC". Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu.



Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya, "Have you married?". "No.", jawab Safura. "So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad. "Kami couple, tapi Islamic way" jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya.



"Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.”



Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas...



p/s : yg HARAM tetap akan HARAM walau kita cuba apa cara sekalipon untuk mengHALALkannya..peringatan untuk diri ana sendiri terutamanya....wallahualam - shared dari rakan facebook

Thursday, April 21, 2011

Aku Benci Exam Kali ni!!

ermm.. 
Patot ke aku kata exam ni susah sedangkan aku tak ready 100% nak jawab exam.. adoi.. Bala-bala~ series doe.. susah cam gampang.. First paper, Engineering Mathemathics 2 hari Isnin 18.04.2011 Kul 2.30 bertempat di Jabatan Kejuruteraan Elektrik! bermula la perjuangan aku.. bermati matian aku jawab paper.. *naseb baek tak mati betoL.. huhu.. soalan perghhh (senang la sgt!) .. etceli soalan tu sebenarnya senang je.. masa Quiz ngan Test aku rasa aku leyh je jawab.. tapi napa masa Final tak boleh?? arghhh.. tention2!!

Ok, tutop cita sal Math.. dah lama berlalu pon!.. Rabu lak 20.04.2011 jam 11.15 pertempuran kedua aku.. kali ni kat Dewan Utama PSA.. Paper Digital Electronic.. Sebelum masok dewan peksa.. muka aku selumber je.. (bajet cool la kan) padahal nga neves tahap gaban.. huhu.. agak huru hara sikit nak masok dewan tuh.. maklom la ramai kot lam tuh.. lebih kurang 400 org la.. huhu.. masa menjawab bermula je.. aku buka soalan.. tgk2, perghh senang la (Objektif) la katakan.. sekali bukak part essay.. CAM NAK NANGES TAU TAK!! adoi.. dah aku malas nk igt.. huhhh

the next day.. Khamis (harini) 21.04.2011 kul 2.30 lagi satu pertempuran maut berlaku.. ELECTRICAL CIRCUIT.. paper yg paling aku takot.. fuhh.. btw Alhamdulillah BOLEH JAWAB . cehh, bangga lak.. haha.. tapi tak pasti la ape yg jawab tu betol ke tak.. (etceli aku hantam je) haha.. lantak la.. (ni la kata2 seorang pemalas)

untuk minggu ni.. aku rasa lega skg.. sebab semuanya dah lepas.. tapi sgt2 dissapointed! (betol ke aku eja) haha.. yela.. disebabkan KEMALASAN aku yg teramat sgt, camni la jadinye.. huhu.. oke2 nak kecewa n nyesal pon xgune!! betol tak.. huhu...

Perlu la aku INGAT.. perjuangan aku belom selesai! ade lagi satu paper nex week ari rabu.. iaitu paper SEMICONDUCTOR DEVICE.. hopefully dapat jawab ngan cemerlang Gemilang dan terbilang.. haha.. k La..

* aku masih pening gara2 paper tadi!! adoi!! Salam, bye u ollz

Saturday, April 16, 2011

Seksanya Lelaki Melihat Buah Dada Wanita

Seksanya Lelaki Melihat Buah Dada Wanita

Cuba bayangkan. Ada satu lelaki ni, dia duduk dalam bas sebelah seorang perempuan bertudung. Perempuan ni cantik. Dia pakai baju lengan panjang dan tutup aurat tapi sayang baju dia ketat. Walau pun bertudung tapi sayang tudung dia tak tutup dada. Oleh sebab baju dia tu ketat, maka tersembul la dua bentuk yang menonjol di dada perempuan itu.

Si lelaki ini, masa first dia duduk di sebelah perempuan tu dia still dapat control lagi. Tapi bila dia ternampak dada perempuan yang montok itu secara tidak sengaja, bayangan dada perempuan itu terus melekat di dalam kepala. Lelaki tu berusaha menundukkan kepalanya supaya dia tidak ternampak lagi dada perempuan itu, tapi sayang bayangan itu telah menjelma di dalam kepala.

Lelaki tu tutup matanya, tapi syaitan masih lagi buat dajal dalam fikirannya. Syaitan cakap dekat lelaki tu. "Kau bayangkan kalau dada perempuan yang kau nampak dalam fikiran kau ni dah besar, macam mana pulak kalau kau tengok real kan?" Puas lelaki itu melawan godaan syaitan. Tapi nafsu datang membantu syaitan tu. Akhirnya lelaki tu tumpas.

Lelaki tu buka mata dia, dan dia toleh ke arah perempuan tu sekejap. Perempuan tu tak sedar dia diperhatikan, lalu lelaki tu pun tengok la ke arah dada perempuan yang montok itu puas-puas. Tiba-tiba, perempuan tu pusing ke arah lelaki itu dan ternampak yang renungannya lain macam je. Bila dia nampak arah pandangan lelaki tu, perempuan tersebut terus marah.

"Bodoh! Lelaki gatal! Mata keranjang!" Perempuan itu menyumpah-nyumpah lelaki tersebut. Kesian, lelaki itu dipersalahkan. Perempuan sering marah bila ada lelaki memandang mereka dengan muka yang bernafsu seperti seorang perogol yang tengah menunggu mangsanya. Kononnya lelaki semuanya bernafsu buaya. Tapi perempuan tak pernah fikir ke apa sebabnya lelaki jadi macam tu?

Pernah tak lelaki jadi begitu bernafsu apabila melihat seorang perempuan yang memakai tudung yang besar dan menutup dada mereka? Pernah tak lelaki bernafsu melihat perempuan yang baju mereka agak longgar seperti jubah? Okey, yang itu jawab sendiri. Now, aku nak korang bayangkan situasi ni pulak.

Ada seorang lelaki, di sebelah dia ada seorang perempuan yang bertudung agak besar dan seorang lagi perempuan bertudung tetapi masih nampak dadanya. Kedua-dua perempuan tersebut sangat cantik. Adalah menjadi fitrah seorang lelaki memuji perempuan yang cantik wajahnya. Tetapi apabila lelaki itu terlihat bentuk buah dada milik perempuan yang bertudung tapi masih nampak dada tu, nafsunya naik dengan mendadak.

You see the difference? This is reality. Ramai aku tengok perempuan zaman sekarang pakai tudung macam tu. Bukan aku nak kondem perempuan-perempuan tu semua. Tapi aku nak minta satu je. Please, for the sake of other men out there. Pakai la tudung yang besar sikit. At least, tutup dada pun kira okey la. Aku bercakap berdasarkan pengalaman aku sendiri. Aku sendiri kalau dah ternampak buah dada perempuan yang montok, terus terang aku cakap aku memang akan terbayang gila-gila punya.

Aku tau, lelaki patut menundukkan pandangan mereka dan mengelak daripada melihat benda-benda yang tak elok seperti yang telah termaktub dalam surah An-Nuur ayat 30 ni:

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka MENAHAN PANDANGANNYA, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."

Tetapi, tanggungjawab itu bukan ke atas lelaki saja. Perempuan jugak mempunyai tanggungjawab mereka seperti yang tertulis dalam surah An-Nuur ayat 31 ni:

Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka MENUTUPKAN KAIN KUDUNG KE DADANYA, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung."

You see that? Maafkan aku sekiranya bahasa yang aku gunakan di sini agak kasar sedikit. Mungkin ada perempuan yang terguris hati bila aku tulis pasal benda ni. Tapi aku buat ni untuk kebaikan bersama jugak. Jangan salahkan lelaki saja bila mereka melihat perempuan ini seperti satu simbol seks. Memang lelaki nampak bersalah, tapi kalau puncanya jugak disebabkan oleh perempuan, maka kedua-dua pihak adalah bersalah.

Aku harap, selepas ini perempuan-perempuan yang di luar sana especially yang pakai tudung kecik dan masih menampakkan dada tu, silalah berubah. Apa salahnya memakai tudung yang besar kan? Kalau korang rasa sukar untuk berubah, cuba tanya soalan ni dekat diri sendiri. Adakah korang sanggup bila lelaki selalu melihat buah dada korang dan menganggap korang sebagai simbol seks atau pun korang lebih memilih untuk memakai tudung yang besar dan lelaki melihat korang dengan penuh kehormatan.

Nota kaki: text ni aku dapat dari salah seorang membe aku kat Facebook.. Renung2kan dam Selamat Beramal ye..

Monday, April 11, 2011

IMPIANKU by HOT FM, tahniah buat Ahmad Fairus

Salam semua..
hari ni nak shared something yg mungkin mengubah hidup semua.. 
 Ucapan Tahniah buat Belajar Fotografi/editing Percuma untuk Bumiputra  Creat by Ahmad Fairus bin Mohammed Noor ni sebab hasrat untuk komuniti beliau dah terpilih dalam 5 Impian terbaik dalam IMPIANKU anjuaran HOT FM. Marilah ramai2 kita vote komuniti ini supaya dapat merealisasikan Impiannye.. Ini untuk semua..











klik kat Impian Keempat dan klik vote





klik sini----> Hot FM untuk vote..terima kasih semua..

...................................
lalalala~

Thursday, April 7, 2011

Final Exam Kembali

Salam guys..
lama dah x updat blog nih.. 
xde mood la.. huuhu..
This simple entry nk ucapkan Selamat Maju Jaya kepada semua student

Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Selangor
Universiti Putra Malaysia (UPM), Selangor
Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang
Universiti Teknologi Malaysia(UTM), Johor
Universiti Malaysia Pahang (UMP), Pahang (dulu KUKTEM)
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Kuala Lumpur
Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Sarawak
Universiti Malaysia Sabah (UMS), Sabah
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Perak
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Negeri Sembilan (dulu KUIM)
Universiti Teknologi MARA (UiTM), Selangor
Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Terengganu (dulu KUSTEM)
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Johor (dulu KUiTTHO)
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Melaka (dulu KUTKM)
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Perlis (dulu KUKUM)
Universiti Darul Iman Malaysia (UDM), Terengganu (Kini UniSZA)
Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Kelantan
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Kuala Lumpur (dulu ATMA)

Politeknik Ungku Omar, Ipoh, Perak
Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang
Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Jitra, Kedah
Politeknik Kota Bharu, Kok Lanas, Kelantan
Politeknik Kuching, Kuching, Sarawak
Politeknik Port Dickson, Si Rusa, Negeri Sembilan
Politeknik Kota Kinabalu, Kota Kinabalu, Sabah
Politeknik Shah Alam, Shah Alam, Selangor
Politeknik Johor Bahru, Pasir Gudang, Johor
Politeknik Seberang Perai, Permatang Pauh, Pulau Pinang
Politeknik Kota, Melaka, Balai Panjang, Melaka
Politeknik Kota, Kuala Terengganu, Kuala Terengganu, Terengganu

dll yang bakal menduduki Final exam.. Wish me luck also k.. jgn lupe study!! jgn asek online fb je (ceh, ckap org pandai) hehe..

tu je.. thanks sebab baca..

lalalalal~~

..::Nuffnang Ads::..