Monday, March 21, 2011

Remaja Dengan Cinta

SELOKA:CINTA DIMATA REMAJA



Apa nak jadi dengan manusia,
semua benda nak kongsi bersama,
air segelas minum berdua,
konon setia katanya.
Yang lagi dahsyat,
berjalan kemana-mana pun nak berdua,
dah macam tak ada orang lain kat dalam ini dunia,
macam belangkas sentiasa berdua.
Inilah bahana orang bercinta,
bercinta tapi tak tau apa itu CINTA.
Inilah sekarang punya remaja,
maaf andai terkasar bahasa,
bukan mengutuk bukan mengata,
semuanya realiti benar belaka.
Ada yang kata cinta itu buta...
betul ke?
Kalau buta dimana matanya?
Ada yang kata cinta itu gila...
macam-macam pengertian remaja,
pening kepala dibuatnya.
Lagi teruk yang kata cinta itu untuk sementara,
untuk buat suka-suka,
untuk seronok-seronok saja.
Ada yang kata cinta itu,
C - cinta
I - itu
N - nikmati
T - tubuh
A - anda
tak ke melampau namanya?!
Manusia manusia...
Muda-muda dah gatal nak bercinta,
konon dah cukup remaja,
tapi makan pakai pun mak bapak yang jaga,
dah tak tau nak cakap apa,
kalau ditegur bukannya nak dengar kata,
bila nasihat ada-ada saja jawapannya..
darah muda... 
macam tu la gayanya...
Mula-mula kenal sms dan chat saja,
bila dah lama kenal mulalah ajak berjumpa
dari berkawan jadi bercinta.
Bila dah bercinta...
Bila dah bercinta macam2 ragamnya,
sesaat tak berjumpa macam setahun lamanya,
itulah kata-kata manis si dia.
Bila berjumpa nak berdua aja,
konon nak privasi katanya,
dia tak tau ada orang ketiga,
yelah benda tak nampak di mata.
Mula-mula bercinta semua cantik dimata,
yang panas pun sejuk katanya.
Manusia manusia...
Inilah permainan dunia...
benar kata orang cinta itu buta,
tapi kalau buta dimana matanya...
Inilah yang buat aku tertanya-tanya.
Cinta tidak akan datang kalau tak dicari,
cinta takkan dapat kalau tak diberi...
Betul ke?
Sukar untuk aku percaya...
Tapi inilah hakikatnya.
Mind is the greatest gift,
gunakan lah sebaiknya.
Cintailah Yang Maha Mencintai...


benarkah cinta itu Indah?
- Artikel iluvislam.com-



renung-renugkanlah dan selamat beramal kebaikan!

Sunday, March 20, 2011

Tsunami di Jepun bukti Kiamat Semakin hampir.

Bila matahari tidak lagi terbit dari timur itulah tandanya kiamat semakin hampir dan ianya merupakan tanda besar hari kiamat. Hari ini sudah banyak tanda-tanda kecil kiamat. Diantara kiamat kecil ialah:

1. Zina bermaharajalela
2. Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik.
3. Bermaharajalela alat muzik.
4.Menghias masjid dan membanggakannya.
5. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
6. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.
7. Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa.
8. Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda.
9. Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)
10. Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.
11. Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat.
12. Orang akan melakukan homoseksual.
13. Akan terdapat ramai anak luar nikah.
14. Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik
15. Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan
16. Banyaknya berlaku gempa bumi.

Dan apabila melihat pada tanda-tanda kecil berlaku kiamat, maka jelas, diantara 1-16 itu jelas menunjukkan bahawa kiamat semakin hampir. Namun yang paling mengejutkan, tanda-tanda besar kiamat juga sudah ada. Yang paling ketara ialah matahari semakin menaik ke arah barat dan semakin meninggalkan timur.



Jepun,11 Mac 2011 negara matahari terbit telah dilanda tragedi tsunami Jepun dan kali ini ia merupakan paling dahsyat dalam sejarah negara mereka untuk tempoh 140 tahun. Kekuatan kali ini bukan calang-calang iaitu 8.9 skala Richter. Kejadian berlaku di timur laut Tokyo. Dan fenomena itu turut mengubah menyebabkan kedudukan Pulau Honshu yang merupakan pulau utama Jepun itu berganjak sehingga 2.4 meter. 


Pulau Honshu semasa dilanda Tsunami

Ibarat padang Jarak padang terkukur selepas Tsunami membadai Pulau Honshu



Ini menunjukkan negara matahari terbit itu sedang mengubah kedudukannya. Maka fenomena ’Retrograde Motion’ yang pernah diperkatakan sejak 1400 tahun dahulu semakin hampir.

Dan ALLAH swt pernah berjanji bahawa hari kiamat akan tiba dan sesungguhnya ALLAH swt tidak pernah memungkiri janjiNYA.

Semoga kisah Tsunami di Jepun tidak lagi menjadi bahan kelakar. Jadikanlah kisah Tsunami di Jepun sebagai pengajaran buat kita. ALLAH swt baru menyampaikan IKLAN KECIL KIAMAT. Dan sesungguhnya, hari kiamat semakin tiba. Semoga kita tidak merasai hari kiamat dan kita dimatikan sebagai orang yang taat, dan tidak diaibkan pada Hari Kiamat.


p/s: text ni aku dapat kat fren fb. so renung-renungkan la, dan selamat beramal! gambar dari pakcik google :D

Saturday, March 19, 2011

Cita-cita dan matlamat?

Salam..

Hye guys..

Hari ni ntah kenapa aku rasa tergerak nak tulis (update) kat blog nih.. Sebenarnya aku keliru nih.. dan tak tau ape yg terbaik untuk diri aku.. 

Nak dipendekkan cerita, Cita-cita dan Matlamat, perkara yang sama ke? kenapa ek masa kita sekolah2 rendah dulu, kita mesti ada sekurang kurangnya satu cita-cita? kalau xda tu macam xde matlamat la.. so cita-cita mmg berkait rapat la dengan matlamat.. urmm.. oke2 , i see.. hehe (ape yg aku cube merepak ni?)





Ape yang aku nak sampaikan dalam entry kali nih sebenarnya pasal cita-cita dan matlamat aku.. :D
k lah start dari sekolah rendah, bila cikgu suruh isi borang maklumat diri.. part nak isi cita-cita tu la aku paling susah nak tulis.. yela.. masa tu aku mana la tau, menatang ape cita-cita tu.. Cikgu pun terangkan, "kamu letak la Polis ke, Bomba, Doktor, Peguam ataupun Askar" macam tu la.. see.. masa tu aku cume tau yg cita2 nih boleh letak 5 tu je.. so aku pun pilih la nak jadi peguam.. tah kenapa aku pilih peguam pun xtau laa.. maybe nama dia unik kot.. hehe , ni sekolah rendah..

Masok lak sekolah menengah.. still lagi aku letak Peguam sebagai cita2 aku.. aku xnampak lagi ape cita2 sebenar aku.. tapi masa tu mmg aku minat gile ngan peguam.. bila masok menengah atas.. form 4 dgn form 5... terlari bidang lak.. cikgu kata kalau nak jadi peguam kena amik sastera.. belajar sejarah la ape laa.. tapi masa aku masok form 4 aku amek elektrik.. dah sudaaa.. nampak la pulak pekerjaan baru.. ENGINEER (JURUTERA) waa.. masa tu aku pk , keja Engineer ni gaji besau.. tu yang aku nk tu.. haha.. 

Masok form 5.. aku tambah subjek.. pendidikan seni.. dah sudahh.. masa ni aku jadi taksub gile ngan seni.. (etceli mmg dah lama minat bidang seni).. tapi masa tu aku dah kompon nak kejar jadi engineer.. masa tu jugak la aku berbelah bahagi.. pe yg aku nk sebenarnya nih.. seni o engineer.. tapi hakikatnya aku belajr je.. haha..

Abes sekolah lak.. nak mohon IPTA, lagi satu perkara yang buat aku pening.. "Nak Amek course ape ni?" aku nak amek bidang seni.. tapi parent aku nak aku sambung elektrik.. adoi.. last2, aku main isi je.. tapi aku lebihkan elektrik.. (dalam hati nak sgt dapat seni).. tak silap aku bidang seni yg aku mohon masa tu, Senibina Reka bentuk kut.. aku minat wat2 design nih.. tuh yg aku nk belajar tu.. tapiii...

aku dapat bidang Elektrik gak..
Diploma Kejuruteraan Elektronik Kawalan

course ni lebih kepada Robot la.. ermm boleh laa.. tapi lam hati aku still nak Seni.. haha

persoalan aku..
Boleh tak pas abes Diploma in Electronic Engineering (Controller) ni aku nak amek Diploma in Art and Design lak.. (ade ke course ni?) haha.. tapi yg penting lam graphic laa.. boleh tak? tapi tu lah .. rasa macam lambat lak.. penin pale aku blaja letrik.. ape2 pun.. belajar jela.. nasib kita , kita tak tau .. betul tak??




Menuntut Ilmu selagi termampu




~TAMAT~

p/s: terima kasih la sudi baca

Wednesday, March 16, 2011

Untuk Semua Follower ku

Salam.. Hye.. Im back.. minta maaf lama x hupdate.. (ade ke yg nak marah o kecewa)


btw, this simple entry nk bg tau.. skg ni jrg la dapat bukak blog sbb line nih cam harem je.. hilang mood nak post entry .. tggu mood dtg balik.. x dtg2.. haha.. nanti2 la post cerita yg menarik yew.. 

thanks guy sudi baca.. sayang korunk..
hah! minta kerjasama semua.. add la Facebook sy.. :D
plzz

Wednesday, March 2, 2011

Promote Club La Der Broga Version

Salam
LBG dah makin rancak la dengan kegilaannye
kat broga wat promote grup.. dahsyat!!
check it out




Antara pengunjung Broga yang Sporting




























Support Us LBG Photography


p/s: aku tulis pasal LBG je nih.. macam aku pulak yg create grup nih.. huhu.. btw aku promote je  nih just nk meramaikan ahli.. dapat ramai membe nati.. aku pun bukan la pandai sgt lam2 photographic nih.. kepada Yuazwan LBG enjoy bro  join grup nih.. gud Job :D


LBG on BROGA HILL

Salam 1 Malaysia! hehe
(macam la satu Malaysia Baca blog haku!)
Lagenda Budak Giler Photography pegi daki Broga? OMG bestnye..



27.02.2011 Ahad 3am
Broga Hill telah ditawan oleh LBG

natang ape ea namanya nih? lupe la.. dia macam sepanduk gak ah.. hehe


Semua nih kat Broga Hill







Antara Crew yang terlibat
Zack Ikmal

Amal Pranas


Adem Harmony Radio

Ros Aida


kegilaan Crew LBG! di Broga.. mana aku weyh?



btw nak bg tau sedih xdpt folloe diorang masa ni.. (laa xikot rupenya,pe kes entry nih.. xde kene mgena pun) .. huhu, sape kate xde kena mengena.. aku dah taksub gile ngan grup nih.. haha.. so ape2 event diorang samada aku pegi atau tak.. akan ku kongsi di blog ini.. hehe..

lagi2 foto silalah ke Fan page LBG Photography
Join Us oke!!



p/s:bilalah dapat naik broga ngan dak LBG nih.. arituh dah melepas dah.. :(






..::Nuffnang Ads::..