Sunday, July 22, 2012

Photography eBook Murah





Hi Guys
Assalamualaikum,


       Berita baik untuk peminat Fotografi , terutama sekali yang baru (newbie) lagi dalam bidang fotografi ni boleh la dapatkan eBook Fotografi ni. Murah dan berbaloi baloi, keluar duit tak banyak pun anda akan dapat 18 eBook Fotografi mengenai Modelling Fotografi eBook dgn beberapa Sub topic dan juga Wedding Photography eBook dgn beberapa Sub topic juga antaranya :

Modelling eBook
- 192 Model Posing. pdf
- Children Poses eBook. pdf
- Lighting and Posing. pdf
- Master Posing Guide for Potraiture Photography. pdf
- Model Pose 100.pdf
- Posing.pdf
- Posing Guide for Hospital.pdf
- Posing Guide.pdf
- The Ultimate Posing Guide.pdf






Wedding Photography eBook
- 500 Poses for Photographing Brides.pdf
- Advanced Wedding Photojournalism.pdf
- The Best of Wedding Photography.pdf
- Guide to Wedding Photography.pdf
- Master Lighting Guide for Wedding Photography.pdf
- Master Posing Guide for Wedding Photography.pdf
- Professional Technique for The Wedding Photography.pdf
- The Best of Wedding Photojournalism Technique.pdf
- 100 Techniques for Professional Wedding Photographers.pdf 




eBook ni memang sesuai sangat untuk yang baru nak menceburi bidang fotografi lagi-lagi dalam cabang fotografi perkahwinan dan model , dalam ebook ni anda akan dapat beberapa tips dan teknik posing yang menarik dalam shoot fotografi.

Untuk kesemua ebook ini tidak la mahal mana, saya yakin semua mampu.. Hanya RM10 sahaja untuk kesemua ebook ini (Modelling dan Wedding ebook). So, jangan ketinggalan, sebelum  ditutup baik tempah cepat. Macam mane nak tempah? boleh tinggalkan pesanan kat Chat book sebelah ni... atau pun boleh direct email kat email sy azrihafizi@gmail.com. Mungkin email lagi senang :D . Cepat, Jangan lepaskan peluang memiliki 18 ebook ini dengan harga RM10 SAHAJA :)

Sekian,

Saturday, July 21, 2012

1 Ramadhan Penuh Bermakna





Hi Guys,
Assalamualaikum,

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak
Selamat Berpuasa
Alhamdulillah,
Tahun ni jumpa lagi bulan Ramadhan ni..
Besar sungguh nikmat Allah
bagi kita kesihatan yang berpanjangan,
diberi peluang untuk beribadah kepadanya..
semoga bulan yang mulia ini, iaitu bulan Ramadhan Al Mubarak
sama-samalah kita berbanyakkan amal jariah,
beribadah dan membuat pahala kerana Allah SWT
Semoga segala amalan kita dirahmati dan diredhai Allah SWT, Aminn..

Puasa jgn x puasa tau!

p/s : Alhamdulillah terawih malam kedua dah berjaya diselesaikan, harap2 esok boleh buad terawih lagi.. InsyaAllah :D


Semester Lima Sudah





Hi Guys..
Assalamualaikum.

Alhamdulillah, dah semester lima dah aku ni, makin dewasa nampaknya..
Pembelajaran pun makin susah..
Setelah lima bulan menjalani latihan Industri dan campur satu bulan setengah cuti semester aku xjejak Politeknik Premier kesayangan aku tu..
Politeknik Premier Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam
Masuk je semester baru ni , macam2 ragam member2 lama kembali..
still xberubah, hehe...
hope fully sem ni dapat buat yang terbaik lah...
nak dapatkan Anugerah Ketua Jabatan (AKJ) la katakan..
macam tulah haraparannya,
tp...
takut gak, mula2 sem je semangat kuad..
nak blaja rajin2 la, nak study betul2 la...
ni dah mid sem lupe dah azam sem baru ni..
haha.. apa pon tak boleh...
hope so leh do the in this semester..
kalau kat universiti kira dah tahun terakhir dah ni...
sem 5 ngan sem 6
sebelum grad in Diploma...
Wish Me Luck in This Semester :D

adioss~~


p/s: nak wat final projek ape ek?? nex week dah kena bg idea untuk wat projek... Lect projek Ketua Jabatan lak, memang strict die punya rules.. perghhh

Saturday, July 14, 2012

Pendaftaran Kursus Online




Salam,
Untuk memudahkan kerja korang, aku buat simple tutorial macam mana nak daftar kursus Online, jimat kredit nak call sana sini, tapi kalau korang still xpaham boleh refer pada yang arif iaitu 
Penasihat Akedemik kita Puan Noranizah



klik sini


isi maklumat berikut untuk login :

username : psa/pelajar
password : pel@j@r


*PENTING : Pastikan password anda betul.



kemudian akan keluar paparan seperti ini 


*PENTING : Sila gunakan Internet Explorer 6.0 dan keatas 





kemudian KLIK pada Pilih Sesi Semasa





Pilih Sesi Semasa JUN2012 bukan JUN-2012





KLIK pada Jabatan Peperiksaan dan Penambahan/Pengguguran Modul





Masukkan No Matrik Anda dan KLIK Data





akan keluar paparan seperti ini :



ISIKAN MODUL YANG KITA DAFTAR HARITU

1. AE501 COMMUNICATIVE ENGLISH 3*
2. BA501 MATEMATIK KEJURUTERAAN 4*
3. EC301 COMPUTER NETWORKING FUNDAMENTALS*
4. EC501 EMBEDDED SYSTEM APPLICATION*
5. EE501 PROJECT 1*
6. EJ501 PLC & AUTOMATION*
7. EJ502 CONTROL SYSTEM*
8. ET502 POWER ELECTRONIC*


untuk kumpulan pula korang kena pastikan kat window korang xde POP-UP BLOCKER


Sekiranya ada , Klik pada POP-UP BLOCKER tu dan pilih Always Allow POP-UP BLOCKER
sistem akan reset balik dan buat semula step by step
sehingga sampai dibahagian pengisian MODUL
pada bahagian Kumpulan KLIK pada DJK5B,
Klik Simpan dan Cetak





KLIK SIMPAN dan CETAK

Select View Type : AcrobatReader



Sampai sini je la, boleh tolong, kalau tak paham gak boleh PM kat Facebook atau pun CALL je PUAN kita ye.. hehehe...

Selamat Mendaftar


PERHATIAN : 
SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK PAPARAN YANG LEBIH JELAS. 
TERIMA KASIH

Thursday, July 12, 2012

Kita Perlu Memasarkan Bisnes di Facebook! Kenapa?




Pada hari ini, buka sahaja internet pastinya perkara pertama yang akan diakses adalah akaun Facebook. 

Tidak kira bila masanya, fenomena Facebook kita
telah menular di muka bumi. Namun, tidak salahnya kita sebagai usahawan menggunakan kelebihan Facebook ini bagi memasarkan bisnes
kita kepada pasaran!

Jom kita lihat, mengapa ianya perlu?


01. Ratusan Juta Pengguna Facebook

Pengguna Facebook terus meningkat dari hari 
ke hari. Manakala jumlah pengguna Facebook dari Malaysia adalah di antara yang tertinggi di dunia dan Asia. Kita tidak akan mengambil kesemua jutaan pengguna itu, sebaliknya kita boleh tentukan berapa ramai yang kita mahu sasarkan.

Pengguna-pengguna Facebook ini pula biasanya akan membuka Facebook terlebih dahulu berbanding laman web yang lain. Malah tidak salah jika dikatakan, ada sebahagian pengguna Facebook tidak berminat untuk melayari mana-mana website seperti blog dan sebagainya. Mereka hanya aktif di Facebook sahaja atau paling kurang, mereka teramat kerap melayari Facebook pada setiap hari.



02. Facebook Ads

Dengan fungsi Facebook Ads berbayar yang disediakan oleh pihak Facebook, kita boleh membuat iklan yang fokus, tepat dan menumpu kepada golongan yang tertentu sahaja seperti umur, minat, tempat tinggal dan jantina. Fungsi ini tiada di mana-mana laman web pengiklanan yang lain.

Walaupun FB Ads adalah memerlukan kos (berbayar), namun dengan wujudnya beberapa panduan dan kursus berkaitan pengiklanan ini, kita boleh mengelak kerugian dan kegagalan.



03. Facebook Mobile

Semakin banyak gajet yang dilengkapkan dengan aplikasi media sosial seperti Facebook. Pihak pengeluar gajet seperti Apple, Samsung, Nokia dan banyak lagi, kini memasukkan aplikasi media sosial ke dalam produk keluaran mereka.

Daripada jumlah pengguna Facebook, sebahagian mereka mengakses Internet dengan menggunakan gajet elektronik. Bermaksud, mereka akan terus menerus online di Facebook walaupun tidak berada di rumah ataupun di pejabat (tempat bekerja).

Ini adalah satu peluang untuk usahawan dan perniagaan, di mana usaha promosi kita begitu mudah dibaca dan sampai kepada pengguna-pengguna Facebook pada bila-bila masa.



04. Facebook Bersifat Viral

Aspek viral adalah salah satu ciri yang ada pada Facebook. Apa yang seseorang buat di Facebook, ia boleh diketahui oleh rakan-rakannya yang lain. Contohnya jika seorang pengguna FB klik Like satu Page bisnes, rakan lain akan tahu mengenainya. Lantas rakan-rakannya juga akan klik Like.

Sifat viral ini juga dipanggil sebagai 'promosi dari mulut ke mulut'. Selain Facebook itu sendiri bersifat viral, pengguna-pengguna FB juga suka dan kerap berkongsi mengenai perkara yang mereka suka dan tidak. Jadi, apabila kita memaksimumkan teknik pemasaran di Facebook, mesej pemasaran kita akan menjadi semakin viral dan sampai kepada ribuan pengguna Facebook yang lain.



05. Pengguna Facebook Lebih Percayakan Rakan Mereka

Pelanggan baru amat sukar mempercayai kita, tetapi apabila rakan mereka mengatakan kita adalah usahawan yang boleh dipercayai, dari situ mereka akan mula yakin untuk membeli daripada kita. Mereka mungkin akan bertanya rakan-rakan mereka dahulu, bertanya di Group yang mereka sertai ataupun membaca tulisan rakan-rakan FB mereka.

Selain daripada itu, apabila mereka melihat rakan-rakan lain berinteraksi di Fan Page kita, ia akan menyebabkan mereka juga mahu turut serta dan ambil tahu mengenai kita.



BERITA BAIK




Antara Laporan yang anda akan terima.





Cepat !! Jangan ketinggalan untuk dapat Tips-tips berguna ini. PERCUMA sahaja.





Isikan Nama dan Alamat Email anda di tempat yang disediakan sekarang untuk dapatkan 15 pendedahan eksklusif ini. PENTING! Laporan akan dihantar ke alamat email yang didaftarkan sahaja! Segala maklumat anda adalah sulit dan dijamin selamat.






Monday, July 9, 2012

Kes Disiplin ?



Hi guys
Assalamualaikum



Laporan Latihan Industri.. 9hb kena hantar... pergh dari malam tadi ni nervous gila, tak tau la nape nervous camni, rasa macam x sedap hati je.. macam-macam bermain kat fikiran ni, "lepas ke", "ok ke", "lengkap ke", "berjalan lancar ke" ermmm , hanya tuhan ja yang tau perasaan aku mcm mana malam tadi. Sampai nak tidur pun still ingat Final Report, Uishh... tak tenteram lah...

Setibanya di Politeknik Premier Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pagi tadi kul 9 pagi ,aku gagahkan diri gak walaupun agak nervous then buad pendaftaran, macam-macam lah poli skg, spotcheck tulah la ini lah.. nasib baik aku ni dak baik.. ikod peraturan la katakan... dah daftar nama masuk lak kat dalam lab untuk isi borang-borang berkaitan, aku dah mula nervous balik dah masa tu tgk lect sebok cek report org satu persatu, aku pun beratur tunggu giliran untuk diperiksa report yang dah aku siapkan ni.

Sampai je giliran aku, lecturer tuh bg  aku senarai nama suruh semak dgn sign, ade pembetulan tak, Oh My GOD!! nape dalam data (senarai nama) tu tempat LI aku tempat lain sedangkan aku LI kat tempat lain. Aku dah mula rasa tak sedap hati, aku pun betulkan lah tempat LI aku tu.. Then aku bagi la segala dokumen-dokumen kat pemeriksa tu untuk diperiksa. dah siap cek, report xde masalah.. lect tuh bagi senarai nama kedua untuk ditandatangan menandakan kita dah submit report untuk diperiksa.. sekali aku tgk listname tu ade note kat tepi, siap dibulatkan lagi, ringkas je "MASALAH DISIPLIN, SILA JUMPA PN AYUNI" dah sudah, ape pulak ni, masa tu aku feel down gile, adoi..!!

Aku pun pegi lah jumpe puan Ayuni tuh, sedih kud dengar die explain.. huhu, malas nak cite kat sini... dan sekarang die suruh aku wat formal letter untuk simpanan PSA menandakan dah buat pembatalan kat company tu. perghh.. masak2... tension dibuatnya...

p/s: moral of the story korang lau nak praktikal jgn apply tempat banyak2, focus kat 1 tempat je, sampai dia bagi feedback dan selalu follow up, jgn jadi macam kes aku ni, dalam data lain tempat LI lain, xtau nak salahkan sape, poli ke atau aku yang salah.. tapi ape boleh buad.. aku lh yang salah kud.. kalau boleh undur masa nih, aku g je tmpat LI yang dah ada dalam data, xpayah serabot2 macam ni!! errr, kbaii

Wednesday, July 4, 2012

Baru Tahu




Hi Guys
Assalamualaikum

tetiba terasa nak update sumthing.. korang nak tahu ape yg aku baru tahu? haha.. tp jgn gelak tau.. mungkin korang pon xtau ag.. yg dah tau tu buad2 xtau jela ye..
nak beli topup kelmarin, etceli dah tau 2 hari dah menatang ni.. baru sekarang update.. hehe
nak beli la topup maxis RM3.. saving punya pasal an, tgh sengkek ni..
skali dia tanya nak KAD ke terus masuk.. hah?? sejak bile RM3 maxis ade KAD??
haha... tegelak sorg2 aku.. aku ngat an DiGi je ade KAD RM3.. 



adohai... haha sejak bile pon xtau la..
jarang beli topup maxis.. salu topu DiGi je.. maklumla sidia pon pakai DiGi...
DiGi easy la katakan.. lebih mudah dgn DiGi.. ape yg mudah pon xtau..
kadg2 wat org hangen ja dgn xda line die tuh.. cam haram.. dah2.. lari tajuk ni.. k jumpa lagi

Salam 1 Blogger

Monday, July 2, 2012

URL baru ~ Harap Maklum



Hi Guys
Asslamualaikum

Ini untuk makluman semua, blog sy dah berwajah baru..
sebelum ni pakai URL : feezydemam.blogspot.com
dengan tagline "DeMaM Se-Juk DeMaM Pa-NaS"
sekarang ni dah tukar pkai yang sedia ada ni
URL : belogfeezy.blogspot.com
TagLine "BelogFeezy"
just simple blog
terima kasih sudi singgah dan follow blog ni..
Hargai korang sgt!! <3

Salam 1 Blogger

..::Nuffnang Ads::..