Saturday, May 21, 2011

Takziah Buat Mangsa Runtuhan

Salam Hey Blogger n reader..
Fz nak ucapkan salam takziah buat mangsa tanah runtuh di Hulu Langat Selangor tadi.. sedih Fz tgk, mangsa keadaan alam ni.. semoga roh mangsa yg terkorban tu dicucuri rahmat InsyaAllah..

Berikut adalah berita terkini tragedi tanah runtuh di rumah anak yatim hulu langat. Kira-kira 20 kanak-kanak tertimbus dalam tanah runtuh di Rumah Persatuan Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Batu 14, Hulu Langat pada pukul 2.30 petang.

Kini enam mayat kanak-kanak telah dikeluarkan manakala tujuh mangsa cedera.

Menurut Ahli Parlimen Hulu Langat, Che Rosli Che Mat, pasukan mencari dan menyelamat terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan penduduk kampung mengeluarkan mayat dan mangsa yang cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Kajang.

Empat penjaga kanak-kanak tersebut masih belum ditemui

Saksikan gambar kejadian tanah runtuh di rumah anak yatim hulu langat yang berlaku pada jam 2.30 petang tadi. Untuk membaca berita terkini mengenai kejadian tanah runtuh di rumah anak yatim Al- Takwa, sila baca artikel tersebut di Berita Harian Online

kawasan kejadian



Tanah yang runtuh mengakibatkan rumah anak yatim tertimbus



Antara pegawai bomba




Pegawai bomba dan orang awam berusaha mengeluarkan mangsa



Mangsa yg berjaya dikeluarkan



Mangsa runtuhan



Al-Fatihah buat mangsa



paramedic berusaha menyelamatkan mangsa



Mayat yg selamat dikeluarkan




Mayat mangsa runtuhan disempurnakan





Sekali lagi Fz ucap takziah buat yg mengenali mangsa.. Sama2 la kita sedekahkan Al-Fatihah buat mangsa yg terkorban..

P/s: Fz adalah nama sy, pasni sy akan gune kata ganti nama sy Fz k.. harap maklum buat semua readers.. thanks sudi lawat.. Assalam..

0 orang berbicara:

..::Nuffnang Ads::..