Thursday, April 28, 2011

Drama Juvana Untuk Teladan


Salam, hey guys.. korang ade tgk tak cerita Juvana ni?? sumpah aku kata, mmg bagus untuk ditonton. bukan untuk dijadikan ikutan tapi sebagai pengajaran.. Kalau sebelum nih setiap hari isnin bukak Tv3 kul 9 je ada cerita gemilang, nka tgk saif yg agak ensem tuh, haha tapi skg saif da tua dah.. cerita pon dah abis... pe kata layan cerita Juvana ni pulak..

sedikit sinopsis..

Episod 1
Seorang remaja berusia 17 tahun, Daim bin Yahya, ditahan atas tuduhan membunuh ibu serta teman lelaki ibunya. Memandangkan kes Daim masih dalam tempoh perbicaraan, Daim telah dihantar ke Sekolah Pemulihan Akhlak Wira Bakti (sebuah sekolah NGO) sehingga kes pembunuhan ibunya selesai dibicarakan.


Di sekolah tersebut, kita diperkenalkan kepada watak Warden sekolah tersebut, Encik Raja, yang tegas, Guard yang tiada belas kasihan, Tony, timbalan Warden, Cikgu Ariffin serta guru kelas mekanik, Cikgu Azmee. Selain itu, kita juga ada watak makcik kantin, Auntie, yang sentiasa ceria dan mesra dengan semua pelajar serta anaknya yang cantik, Nadia, yang meluat dengan kerenah para pelajar sekolah itu.


Sebaik sahaja tiba di sekolah itu, Daim yang memang pendiam orangnya terpaksa berhadapan dengan samseng-samseng yang diketuai oleh Botak dan kuncu-kuncunya. Beliau dipukul, dan dipaksa menjadi balaci (hamba) kepada Botak.


Mujur, dia berjaya mendapat seorang rakan baru bernama Apek, bekas pelarian dari sekolah tersebut, yang arif tentang selok belok sekolah tersebut dan menceriakan keadaan dengan telatahnya yang lucu. Watak Daim yang pendiam juga turut mendapat perhatian dari Nadia, yang merasai ada sesuatu yang berbeza dengan perangai Daim, seolah-olah dia memang tak bersalah.
Salah seorang pelajar yang baru masuk bersama Daim, Black, turut menjadi perhatian Botak dan kuncu-kuncunya. Kerana kelancangan mulut Black, mereka telah membelasah Black sehingga dia jatuh sakit. Akibat tidak tahan dengan rungutan Black yang merayu untuk dihantar ke hospital, Botak dan kuncu-kuncunya telah memaksa Black untuk memanjat pagar asrama, mengatakan kalau dia nak ke hospital, dia cuma perlu keluar dari sekolah itu. Ketika itu, Black tergelincir dan jatuh.


Antara Pesalah Juvana


PESALAH JUVANA
DAIM
Nama : Daim Bin Yahya
Umur : 17 tahun
T.Lahir : 19 Disember 1994
Alamat : 11A, Jalan Cecewit 6/2, Kota Damansara, Kuala Lumpur
Kes  : Bunuh
Ringkasan : 
-Dimasukkan ke Sekolah Pemulihan pada 15 Januari 2011
-Tertuduh disyakki membunuh ibu dan teman lelakinya
-Ditangkap ditempat kejadian
-Kes masih dalam perbicaraan





PESALAH JUVANA
AYAM
Nama : Haris Bin Isa
Umur : 17 tahun
T.Lahir : 20 November 1994
I.C : 941120-14-4081
Alamat : 6,Jalan Maarofan, Bangsar, Kuala Lumpur
Kes : Buang Bayi
Ringkasan :
-Dimasukkan ke sekolah pemulaihan pada 13 September 2010
-Tertuduh disyakki membuang bayi bersama pelajar perempuan di tong sampah
-Kes masih dalam perbicaraan





PESALAH JUVANA
BOTAK
Nama : Abdul Naim Bin Malik
Umur : 17 tahun
T.Lahir : 16 Ogos 1994
I.C : 940816-03-4063
Alamat : No 8, Jln 6/3, Bandar Baru Bangi, Bangi, Selangor Darul Ehsan
Kes : Mendatangkan kecederaan kepada mangsa
Ringkasan :
-Dimasukkan ke sekolah pemulihan pada 20 Julai 2010
-Tertuduh disyakki didera oleh bapanya sendiri
-Ditangkap kerana telah memukul pelajar sekolah sehingga parah





PESALAH JUVANA
APEK
Nama : Khairuddin Bin Shamsuddin
Umur : 16 tahun
T.Lahir : 12 Oktober 1995
I.C : 951012-01-4031
Alamat : 12-1, Perumahan Awan, Sungai Ramai, Kajang
Kes : Menipu orang sehingga menyerahkan wang
Ringkasan :
-Dimasukkan ke sekolah pemulihan pada 17 Ogos 2010
-Tertuduh disyakki menipu orang ramai untuk wang
-Dihantar ke balai polis oleh orang awam
-Ditangkap semula setelah melarikan diri dari sekolah pemulihan








PESALAH JUVANA
FIT
Nama : Mohd Razif Bin Sulaiman
Umur : 17 tahun
T.Lahir : 1 Julai 1994
I.C : 940701-01-4117
Alamat : Blok 6-3, Flat Seri Bayu, Taman Suga, Cheras, Kuala Lumpur
Kes : Menagih dadah
Ringkasan :
-Dimasukkan ke sekolah pemulihan pada 14 Ogos 2010
-Tertuduh disyakki menagih dadah
-Ditangkap ketika serbuan di Flat Seri Bayu





PESALAH JUVANA
GABAN
Nama : Azizan Bin Shafik
Umur : 16 tahun
T.Lahir : 17 Februari 1995
I.C : 950217-10-4089
Alamat : 14, Jalan Jasmina Putih, Taman Jasmin Putih, Cheras, KL
Kes : Lumba Haram
Ringkasan :
-Dimasukkan ke sekolah pemulihan pada 13 September 2010
-Tertuduh ditangkap ketika berlumba dijalan Kenanga
-Ditangkap ketika cuba melarikan diri
-Kes dalam perbicaraan








PESALAH JUVANA
GAJAH
Nama : Firdaus Bin Nasir
Umur : 17 tahun
T.Lahir : 26 Mei 1994
I.C : 940526-71-4333
Alamat : 2010,Jalan Besar, Kampung Duyong, Umbai, Melaka
Kes : Mengugut untuk bunuh
Ringkasan :
-Dimasukkan ke sekolah pemulihan pada 16 Disember 2010
-Tertuduh disyakki mengugut untuk binuh guru di sekolah
-Diserahkan di Balai Polis oleh guru sekolah
-Kes masih dala perbicaraan










.............................................................................
hah, kalau nak tau macam mana jalan cerita dia lagi jum la.. tgk Tv3 setiap hari Isnin Jam 9Pm..

p/s :*Semua info di atas hanyalah rekaan untuk tujuan penceritaan sahaja. Tiada kena-mengena dengan mana-mana pihak. 

4 orang berbicara:

jiha said...

waaaa... wacak..
menarik dan tertarik.. :)

Unknown said...

haha.. :D

Panglima Arep said...

drama ni style gile doe.. haha
wajib tengok.!!

Unknown said...

betol tuh!!
tgk jgn tak tgk!!
hihi

..::Nuffnang Ads::..