Saturday, May 4, 2013

Kerani Am Sepenuh Masa



Salam
Hye Guys..



Oh men, dah abis Diploma?? baru berapa hari duk rumah dah rasa bosan bagai nak gila.. nak buat apa pun tak tau lah.. tgh duk bosan2 ni tetiba dapat Job.. perghhh owesome (pura2 excited).. 




Yeahh kerja apa ek?? macam tajuk entry ni la.. Kerani Am sepenuh masa.. syoknye jadi kerani am ni an.. yang lagi best office dekat rumah je.. haha.. Ok cukup2 auta!.. Actually, aku x boleh nk buat apa2 lagi selagi menatang ni tak satle.. menatang ape ? haaa.. Laporan Akhir Projek ni la.. adess.. so aku target sebelum Isnin ni aku kena satle kan kerja2 mengedit!.. Hari isnin plan nak g hantar kedai binding n buad hardcover , tu pun kalau siap edit la.... arghh busy3.. takpe, layankan aje lah.. lagi pun bukan buat apa.. (walaupun pening kepala nak buat ayat letak dalam report ni) huhh...




dlm masa yang sama, siapkan resume n cover letter untuk job application :) ada rezki dapat la kerja.. apa2 kerja pun boleh janji halal n kena ngan minat aku.. heee (memilih untuk kebaikan)






ni la office aku :) heee.. thumbs up wee




ok, cukup mengadap lappy dr pagi.. rehat layan blogger.. malam kang sambung edit report balik
uhh sungguh indahnya sabtu dan ahad.. haha


Salam




Wednesday, May 1, 2013

Rezeki Yang Tidak Di Sangka



Salam,
Hye guys


Mmg rezki kita ni rahsia Allah, setiap orang ada rezki masing2.. Alhamdulillah masa 2 pertandingan projek yang lepas dua2 pertandingan dapat tempat.. Untuk Pertandingan Projek Peringkat JKE (Jabatan Kejuruteraan Elektrik) Lawan antara kelas iaitu antara kelas DEU (Dip. Kej. Elektronik Perubatan), DEP (Dip. Kej. Elektronik komunikasi) dan juga (Dip. Kej. Elektronik Kawalan). Kumpulan kami berjaya dapat tempat pertama kategori Emas! Owesome.. sungguh tak sangka... Penyampaian hadiah pula masa malam Gala Gemilang Pra Graduan JKE, kat restoran Zam Zam haritu.. mmg rezeki kami, hadiah yang kami dapat External Hard Disk.. woow.. benda yg selama ni nak beli , tak terbeli.. akhirnya dapat masa menang pertandingan ni..












Inilah yang dinamakan rezeki.. Alhamdulillah syukur..




dah menang peringkat JKE ni, kumpulan kami jugak wakil untuk pertandingan Peringkat PSA (Politeknik Shah Alam) , Pertandingan Reka Cipta Dan Inovasi yang kami masuk ni kami tak lah Johan tapi kami dapat tempat kedua.. Apa2 pun syukur sgt... Hadiah pun boleh tahan.. kami dapat dapat Rapoo Bluetooth Stereo Headphone.. teruja sgt2 dapat pakai benda ni.. kalau nk beli mmg tak la kan, harga dia boleh tahan gak mahalnya.. hehe..








kami dapat 5 unit headphone ni.. kumpulan kami ada 3 org je.. hehe.. ada lebih 2, sape nak?? haha..



Lepas ni prepare untuk 2 lagi pertandingan peringkat kebangsaan pulak.. 9,10,11 May ni kami masuk pertandingan ITEX .. tak ingat la pe nama penuh dia.. tp International la.. semua di jemput hadir k.. kat KLCC.. banyak pameran projek kat sana.. sesuai untuk student2 yang tgh nak cari Idea untuk final projek korang..

28,28,30 May pulak lawan kat Perlis untuk pertandingan IDeA peringkat kebangsaan jugak ni.. Lawan kat UiTM Perlis.. sape rajin n rumah korang dekat kat UiTM ni, boleh je dtg tgk :) k..





Adios




Monday, April 29, 2013

Semoga Terus Maju!




Assalamualaikum
Hye Guys

Pertama skali nak ucap tahniah kat semua kawan2 DJK yg berjaya sampai ke peringkat terakhir untuk mendapatkan segulung Diploma dalam bidang Kejuruteraan Elektronik (Kawalan) ni, tamat je masa menjawab kertas Engineering Mathematics 4.30 ptg td maka secara tak rasminya perjuangan selama 3 tahun untuk diploma ni habis,

 Eh kenapa tak rasmi?
Secara rasminya, bila lepas result keluar nanti, diharapkan semuanya ok2 dan dapat result yg gempak2 lah ye.. Amin, Mudah-mudahan..


Sebelum berpisah, ada jamuan sikit tadi.. Alhamdulillah rezeki, ternyatanya, Student2 DJK6B mmg sporting dan menjadi perhatian para pensyarah.. Apa2 pun, Selamat Maju Jaya di masa akan datang.. Jangan lah lupa membe2 ye..



Pensyarah2 yang sememangnya Sporting



Bergambar kenangan :P




freestyle .. yeahh







Semoga Berjumpa Lagi
~Sayoonara~

Sukses Selalu







Special Thanks :

All picture in this post entry credit to Kamarul Izzat Misnan 
~ Ketua Kelas yang  sangat berkaliber dan berwibawa lg berwawasan ~







Saturday, April 27, 2013

Paper Terakhir - Engineering Mathematic 5





Assalamualaikum
Bismillahirahmanirahim


Hye guys




Isnin ni paper terakhir untuk final exam semester terakhir ni..
Mudah-mudahan ianya betul2 menjadi yang terakhir dan berjalan lancar..
setelah selesai jawab 3 paper yang lepas terasa lega sikit 
(tak cukup lega sbb risau nak tggu result)
2 paper main goreng habis, huuhhh seram..
Industrial Control dan Prosess Measurement betul2 buat aku trauma
tawakal dan mengharapkan keajaiban berlaku je
InsyaAllah
yang penting dah cuba yang terbaik.

Untuk paper Engineering Math ni, harap dipermudahkan, amin
Untuk kawan2 lain terutamanya kelas DJK6B ~ Wish U all Luck !! Love U all


Salam
Adios



Ijazah Sarjana Muda - Degree


Salam,
Hai Guys



Kita bersua kembali, lama tak berceloteh kat sini.. Maklum la semester terakhir dah kat Politeknik Premier Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang tercinta ni, InsyaAllah kalau tiada aral melintang akan konvo tak lama lagi.. 



Semangat nak habis Diploma dah, Selama 3 tahun berhempas pulas untuk mendapatkan segulung Diploma ni , Diploma in Electronic Engineering (Control) Alhamdulillah, mampu juga untuk sampai ke semester terakhir, harap2 semuanya berjalan lancar, (belum habis lagi ni) tengah final exam ni,, Hopefully semunya baik2 saja..



Disebabkan pengajian Diploma kat poli dah nk sampai ke penghujungnya, aku ada lah menanam hasrat nak melanjutkan pelajaran ke peringkat yg lebih tinggi.. Bila permohonan untuk melanjutkan pelajaran UPU dibuka je terus beli no Pin untuk buat permohonan. Tapi, tak de lah mengharap sangat, kalau ada rezki InsyaAllah.. Tak sabar nak dapat kawan baru kat U nanti (Kalau ada rezeki masuk U la). :)




course yang dipilih.. Auuww Universiti Pilihan.. Amin mudah-mudahan



Untuk kengkawan yang lain, GoOd Luck in Final Semester..

Tuesday, April 16, 2013

Ekspedisi Mendaki Broga Hill





Hye Semua,
Salam 1 Malaysia



5 April yang lepas, akhirnya aku berjaya jugak menakluk Bukit Broga, dari semester 1 aku teringin nak pergi tapi tak dapat nak pergi sbb tak ada orang nak bawa, kali ni nasib aku baik sangat sbb ada membe yg sudi ajak n bawak aku naik bukit ni.. uh , dgn x readynya aku main naik je.. mmg penat la weyh!.. dah lama tinggalkan aktiviti mendaki / Jungle Tracking ni, dulu masa zaman sekolah selalu lah ikut aktiviti sekolah pergi camping dan sebagainya, masuk poli ni tak aktif langsung.. haha..



Sweet memories with u guys.. thanks sangat2.. tahniah semua sebb berjaya sampai kat atas, terutama sekali kepada Cengkot (Faizul) dan Bob Azrie yg mmg org salute leh sampai atas.. cayalaaa..




bergambar kenangan dgn banner readymade in PS :)



orang berkenaan je tau mana dapat banner ni ! ~ Sponsor








Thanks abg photag dri mana tah (lupa tanya)



Semangat semua nih!


Adjust banner tuh!


Di Puncak !







Lets Jump in Broga Hill.. Thumbs Up guys



Salute this brother! BOB ~ Azrie



Chengkot (Faizull)




Semoga menjadi kenangan indah bersama di Politeknik Shah Alam
Diploma Kejuruteraan Elektronik Kawalan


update :

aku dah sediakan special video untuk korang
tgk la.. kalau rajin download n simpan untuk milik peribadi ye..
Klik Sini kalau nak tgk video



Semoga Berjumpa Lagi..
Salam




Sunday, April 14, 2013

Malam Gala Gemilang PraGaduan




Salam,
Hye semua,


Malam Gala Gemilang PraGraduan atau MPG untuk semua JKE semester 6 yang bakal menamatkan pengajian tidak lama lagi telah diadakan pada 12 April yang lepas (hari Jumaat malam) , majlis bermula Jam 8.30 untuk sesi pendaftaran.

Seronok bila dapat berkumpul ramai2 macam ni, MPG kalini buat kat Restoran Zam-Zam Arabian Food Seksyen 9 Shah Alam, wahh makan makanan Arab la kan... Baju pulak bertemakan Arabian Night,, Fuh sgt owesome masing2 bila mengenakan baju arab, aku je yg x prepare apa2 untuk dinner MPG ni.. tak apa lah, janji dtg...

Majlis yang sgt happening, yang seronoknya dapat bergambar ramai2, itu je yg seronok sebenarnya,, tp malang sekali,, disebbkan aku yang pgg kamera, gambar aku tak banyak lah.. huhu sedih!



Sedikit gambar kenangan..
untuk makluman gambar MPG ni ada 400++ kat dalam memory card dslr aku.. hehe tp gambar aku ade berapa je .:(





gambar lagi klik sini

Wednesday, April 10, 2013

Pertandingan Projek Inovasi dan Reka Cipta Peringkat PSA



Salam,
Hye..
kita berjumpa lagi..





Pertandingan Projek Reka Cipta dan Innovasi peringkat PSA
wow, lagi tak expect dapat masuk pertandingan ni, apa-apa pun sgt berbangga dapat kawan yang sangat komited menyiapkan projek ni, salute korang sangat2, sampai ke peringkat ni dapat pergi,



Pertandingan kalini lain sikit dari pertandingan peringkat JKE haritu, tp konsep sama je cuma yang lain dari segi Juri la, 3 orang juri luar mengadili pertandingan kalini, Seorang Juri tu dari Syarikat Sony Ericson, Seorang lagi Engineer JKR, seorang lagi tu Professor Kej Elektrik dari Uitm Shah Alam.. dan di tambah lagi 3 org juri dalaman dari PSA, seorang wakil JKE, JKM dan JKA.




Alhamdulillah
walaupun booth kami yg paling simple, kami berjaya mendapat tempat kedua dalam pertandingan ni.. Ini lah rezeki namanya.. Alhamdulillah, yang lagi best JKE pegang 2 tempat, iaitu tempat kedua dan tempat ketiga dimenangi oleh JKE, Syabas dan tahniah , tempat ketiga tu Security of Motorcycle System, projek tu mmg rare, tempat pertama dimenangi oleh JKM, dan tempat keempat dimenangi oleh JKA. (tak ingat la nama projek dorang)



Tahniah untuk semua pemenang, yang tak menang tu bukan projek korang tak bagus, tp adat pertandingan mesti ada menang, mesti ada kalah.. semua yg masuk bertanding tu projek mmg owesome2! tahniah sbb berjaya masuk pertandingan tu!.. bukan semua orang dapat rasa pengalaman macam tu.. kan.. :)


abe khali yg semangat bagi penerangan kendalian projek



Bersama ketua Program DJK dan Pensyarah penasihat Projek kami :)




Gambar2 Pemenang :)


Pemenang tempat Pertama - JKM








rakan seperjuangan, Syabas dan Tahniah
Power Monitoring System, Tempat Kedua - JKE



Security of Motorcycle System, tempat ketiga -  JKE




Pemenang tempat keempat -JKA




Sekian,
Tahniah kepada pemenang :)


Salam,




Wednesday, April 3, 2013

Pertandingan Projek Peringkat JKE





Salam,
Hye semua..



Hari ini berlangsungnya pertandingan projek peringkat JKE
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
Tahniah dan syabas pada semua peserta,
projek semester ni memang hebat belaka.



Tak terkecuali kumpulan aku pun terpilih masuk pertandingan ni, hasil daripada pemilihan lecturer selepas pembentangan projek akhir hari tu, kami tak expect pon kami boleh masuk pertandingan ni, projek yang diberi nama "Power Monitoring System" besiap sedia untuk bertanding, Alhamdulillah lah semuanya berjalan lancar, Pertandingan bermula jam 9pagi, para juri penilai mula mengambil markah dari pembentangan peserta pertandingan.. selesai semua jam 1 ptg..




dah penat2 kemas semua, balik terus tido.. bangun2 tidur dapat call dari membe,
boleh dia kencing aku dia cakap "Ji, kita tak menang la Ji",  masa ni aku dah redha, dan terima kenyataan, dah takde rezki, nak buat macam mana, lepas aku dah redha ni dia boleh gelak n cakap "tapi kita no 1 je Ji" aku punya la excited dgr terus call PA (Penasihat Akademik) aku nk mintak kepastian, uh Syukur Alhamdulillah.. Kami lah juara peringkat JKE..  Terima Kasih kawan2 yg bertungkus lumus siapkan projek tu, semoga korang sukses lepas ni, amin~



*Ji adalah nama panggilan dr kawan aku yg bernama Fahmy :)




Keputusan Pertandingan :
1. Power Monitoring System
2. Security of Motorcycle System
3. Mesin Kekabu
4. Renewable Energy


ranking 4 ni akan wakil JKE untuk pertandingan Projek Peringkat PSA (antara Jabatan) minggu depan 10.4.2013 (Rabu) , Tahniah :)

untuk rakan seperjuangan kelas DJK6B tahniah la walaupun tak menang tp korang pon dapat kategori PERAK untuk projek C-Temp dan AutoLock Motorcycle, projek korang memang rare ! seriesly


will miss this momment :)



Power Monitoring System



Rakan Seperjuangan :)


Thumbs Up for this project :)





Thursday, August 16, 2012

Duit Raya dari SAYS, memang berbaloi





Salam,

Hi guys

Ramadhan bakal meninggalkan kita, Syawal pula yang menanti..
Jum kumpul duit raya..
haa, orang belum raya kita dah boleh dapat duit raya..
ni nak habaq, korang semua penah dgr says.com x?
mesti tak pernahkan...? betul tak! kalau yang pernah dgr tu bagus la..
Sempena raya ni website SAYS buat promotion bg RM5 ringgit untuk setiap rakan yang kamu ajak menyertai SAYS!

ape tunggu lagi.. jom la join...
macam mana cara? ok ni sikit tutorial..

first skali klik sini ..



then akan keluar paparan macam ni , klik Sign Up!




akan keluar paparan seperti ini, then isi form ni spenuh hati , jiwa dan raga korang.. ini untuk payment detail korang nati,, buat username tu bes2 tau!





Bila dah selesai semua, comfirmed kan email korang..
Bile dah comfirm, g kat recommendation , korang pilih mana2 post dan shared kat wall facebook /twitter korang... stiap kali org klik korang akan dapat RM :D sikit2 lama2 nati jadi la banyak

bila dah share ajak membe sign up skali kat link korang... bile dorg dah sign up dan dorang buat benda yg sama, korang akan dapat RM5 ... dr sini leh start kumpul duit raya... baik cepat, ni promosi raya je... lepas raya maybe RM1 je..

bile total earning dah cecah RM50, korang dah leyh cashout... yahoooOO...

Boleh buad sekarang... tak paham boleh tanya, PM kat facebook k.
Selamat Hari Raya! Maaf Zahir Batin..






Sunday, July 22, 2012

Photography eBook Murah





Hi Guys
Assalamualaikum,


       Berita baik untuk peminat Fotografi , terutama sekali yang baru (newbie) lagi dalam bidang fotografi ni boleh la dapatkan eBook Fotografi ni. Murah dan berbaloi baloi, keluar duit tak banyak pun anda akan dapat 18 eBook Fotografi mengenai Modelling Fotografi eBook dgn beberapa Sub topic dan juga Wedding Photography eBook dgn beberapa Sub topic juga antaranya :

Modelling eBook
- 192 Model Posing. pdf
- Children Poses eBook. pdf
- Lighting and Posing. pdf
- Master Posing Guide for Potraiture Photography. pdf
- Model Pose 100.pdf
- Posing.pdf
- Posing Guide for Hospital.pdf
- Posing Guide.pdf
- The Ultimate Posing Guide.pdf






Wedding Photography eBook
- 500 Poses for Photographing Brides.pdf
- Advanced Wedding Photojournalism.pdf
- The Best of Wedding Photography.pdf
- Guide to Wedding Photography.pdf
- Master Lighting Guide for Wedding Photography.pdf
- Master Posing Guide for Wedding Photography.pdf
- Professional Technique for The Wedding Photography.pdf
- The Best of Wedding Photojournalism Technique.pdf
- 100 Techniques for Professional Wedding Photographers.pdf 




eBook ni memang sesuai sangat untuk yang baru nak menceburi bidang fotografi lagi-lagi dalam cabang fotografi perkahwinan dan model , dalam ebook ni anda akan dapat beberapa tips dan teknik posing yang menarik dalam shoot fotografi.

Untuk kesemua ebook ini tidak la mahal mana, saya yakin semua mampu.. Hanya RM10 sahaja untuk kesemua ebook ini (Modelling dan Wedding ebook). So, jangan ketinggalan, sebelum  ditutup baik tempah cepat. Macam mane nak tempah? boleh tinggalkan pesanan kat Chat book sebelah ni... atau pun boleh direct email kat email sy azrihafizi@gmail.com. Mungkin email lagi senang :D . Cepat, Jangan lepaskan peluang memiliki 18 ebook ini dengan harga RM10 SAHAJA :)

Sekian,

Saturday, July 21, 2012

1 Ramadhan Penuh Bermakna





Hi Guys,
Assalamualaikum,

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak
Selamat Berpuasa
Alhamdulillah,
Tahun ni jumpa lagi bulan Ramadhan ni..
Besar sungguh nikmat Allah
bagi kita kesihatan yang berpanjangan,
diberi peluang untuk beribadah kepadanya..
semoga bulan yang mulia ini, iaitu bulan Ramadhan Al Mubarak
sama-samalah kita berbanyakkan amal jariah,
beribadah dan membuat pahala kerana Allah SWT
Semoga segala amalan kita dirahmati dan diredhai Allah SWT, Aminn..

Puasa jgn x puasa tau!

p/s : Alhamdulillah terawih malam kedua dah berjaya diselesaikan, harap2 esok boleh buad terawih lagi.. InsyaAllah :D


Semester Lima Sudah





Hi Guys..
Assalamualaikum.

Alhamdulillah, dah semester lima dah aku ni, makin dewasa nampaknya..
Pembelajaran pun makin susah..
Setelah lima bulan menjalani latihan Industri dan campur satu bulan setengah cuti semester aku xjejak Politeknik Premier kesayangan aku tu..
Politeknik Premier Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam
Masuk je semester baru ni , macam2 ragam member2 lama kembali..
still xberubah, hehe...
hope fully sem ni dapat buat yang terbaik lah...
nak dapatkan Anugerah Ketua Jabatan (AKJ) la katakan..
macam tulah haraparannya,
tp...
takut gak, mula2 sem je semangat kuad..
nak blaja rajin2 la, nak study betul2 la...
ni dah mid sem lupe dah azam sem baru ni..
haha.. apa pon tak boleh...
hope so leh do the in this semester..
kalau kat universiti kira dah tahun terakhir dah ni...
sem 5 ngan sem 6
sebelum grad in Diploma...
Wish Me Luck in This Semester :D

adioss~~


p/s: nak wat final projek ape ek?? nex week dah kena bg idea untuk wat projek... Lect projek Ketua Jabatan lak, memang strict die punya rules.. perghhh

Saturday, July 14, 2012

Pendaftaran Kursus Online




Salam,
Untuk memudahkan kerja korang, aku buat simple tutorial macam mana nak daftar kursus Online, jimat kredit nak call sana sini, tapi kalau korang still xpaham boleh refer pada yang arif iaitu 
Penasihat Akedemik kita Puan Noranizah



klik sini


isi maklumat berikut untuk login :

username : psa/pelajar
password : pel@j@r


*PENTING : Pastikan password anda betul.



kemudian akan keluar paparan seperti ini 


*PENTING : Sila gunakan Internet Explorer 6.0 dan keatas 





kemudian KLIK pada Pilih Sesi Semasa





Pilih Sesi Semasa JUN2012 bukan JUN-2012





KLIK pada Jabatan Peperiksaan dan Penambahan/Pengguguran Modul





Masukkan No Matrik Anda dan KLIK Data





akan keluar paparan seperti ini :



ISIKAN MODUL YANG KITA DAFTAR HARITU

1. AE501 COMMUNICATIVE ENGLISH 3*
2. BA501 MATEMATIK KEJURUTERAAN 4*
3. EC301 COMPUTER NETWORKING FUNDAMENTALS*
4. EC501 EMBEDDED SYSTEM APPLICATION*
5. EE501 PROJECT 1*
6. EJ501 PLC & AUTOMATION*
7. EJ502 CONTROL SYSTEM*
8. ET502 POWER ELECTRONIC*


untuk kumpulan pula korang kena pastikan kat window korang xde POP-UP BLOCKER


Sekiranya ada , Klik pada POP-UP BLOCKER tu dan pilih Always Allow POP-UP BLOCKER
sistem akan reset balik dan buat semula step by step
sehingga sampai dibahagian pengisian MODUL
pada bahagian Kumpulan KLIK pada DJK5B,
Klik Simpan dan Cetak





KLIK SIMPAN dan CETAK

Select View Type : AcrobatReader



Sampai sini je la, boleh tolong, kalau tak paham gak boleh PM kat Facebook atau pun CALL je PUAN kita ye.. hehehe...

Selamat Mendaftar


PERHATIAN : 
SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK PAPARAN YANG LEBIH JELAS. 
TERIMA KASIH

Thursday, July 12, 2012

Kita Perlu Memasarkan Bisnes di Facebook! Kenapa?




Pada hari ini, buka sahaja internet pastinya perkara pertama yang akan diakses adalah akaun Facebook. 

Tidak kira bila masanya, fenomena Facebook kita
telah menular di muka bumi. Namun, tidak salahnya kita sebagai usahawan menggunakan kelebihan Facebook ini bagi memasarkan bisnes
kita kepada pasaran!

Jom kita lihat, mengapa ianya perlu?


01. Ratusan Juta Pengguna Facebook

Pengguna Facebook terus meningkat dari hari 
ke hari. Manakala jumlah pengguna Facebook dari Malaysia adalah di antara yang tertinggi di dunia dan Asia. Kita tidak akan mengambil kesemua jutaan pengguna itu, sebaliknya kita boleh tentukan berapa ramai yang kita mahu sasarkan.

Pengguna-pengguna Facebook ini pula biasanya akan membuka Facebook terlebih dahulu berbanding laman web yang lain. Malah tidak salah jika dikatakan, ada sebahagian pengguna Facebook tidak berminat untuk melayari mana-mana website seperti blog dan sebagainya. Mereka hanya aktif di Facebook sahaja atau paling kurang, mereka teramat kerap melayari Facebook pada setiap hari.



02. Facebook Ads

Dengan fungsi Facebook Ads berbayar yang disediakan oleh pihak Facebook, kita boleh membuat iklan yang fokus, tepat dan menumpu kepada golongan yang tertentu sahaja seperti umur, minat, tempat tinggal dan jantina. Fungsi ini tiada di mana-mana laman web pengiklanan yang lain.

Walaupun FB Ads adalah memerlukan kos (berbayar), namun dengan wujudnya beberapa panduan dan kursus berkaitan pengiklanan ini, kita boleh mengelak kerugian dan kegagalan.



03. Facebook Mobile

Semakin banyak gajet yang dilengkapkan dengan aplikasi media sosial seperti Facebook. Pihak pengeluar gajet seperti Apple, Samsung, Nokia dan banyak lagi, kini memasukkan aplikasi media sosial ke dalam produk keluaran mereka.

Daripada jumlah pengguna Facebook, sebahagian mereka mengakses Internet dengan menggunakan gajet elektronik. Bermaksud, mereka akan terus menerus online di Facebook walaupun tidak berada di rumah ataupun di pejabat (tempat bekerja).

Ini adalah satu peluang untuk usahawan dan perniagaan, di mana usaha promosi kita begitu mudah dibaca dan sampai kepada pengguna-pengguna Facebook pada bila-bila masa.



04. Facebook Bersifat Viral

Aspek viral adalah salah satu ciri yang ada pada Facebook. Apa yang seseorang buat di Facebook, ia boleh diketahui oleh rakan-rakannya yang lain. Contohnya jika seorang pengguna FB klik Like satu Page bisnes, rakan lain akan tahu mengenainya. Lantas rakan-rakannya juga akan klik Like.

Sifat viral ini juga dipanggil sebagai 'promosi dari mulut ke mulut'. Selain Facebook itu sendiri bersifat viral, pengguna-pengguna FB juga suka dan kerap berkongsi mengenai perkara yang mereka suka dan tidak. Jadi, apabila kita memaksimumkan teknik pemasaran di Facebook, mesej pemasaran kita akan menjadi semakin viral dan sampai kepada ribuan pengguna Facebook yang lain.



05. Pengguna Facebook Lebih Percayakan Rakan Mereka

Pelanggan baru amat sukar mempercayai kita, tetapi apabila rakan mereka mengatakan kita adalah usahawan yang boleh dipercayai, dari situ mereka akan mula yakin untuk membeli daripada kita. Mereka mungkin akan bertanya rakan-rakan mereka dahulu, bertanya di Group yang mereka sertai ataupun membaca tulisan rakan-rakan FB mereka.

Selain daripada itu, apabila mereka melihat rakan-rakan lain berinteraksi di Fan Page kita, ia akan menyebabkan mereka juga mahu turut serta dan ambil tahu mengenai kita.



BERITA BAIK




Antara Laporan yang anda akan terima.





Cepat !! Jangan ketinggalan untuk dapat Tips-tips berguna ini. PERCUMA sahaja.





Isikan Nama dan Alamat Email anda di tempat yang disediakan sekarang untuk dapatkan 15 pendedahan eksklusif ini. PENTING! Laporan akan dihantar ke alamat email yang didaftarkan sahaja! Segala maklumat anda adalah sulit dan dijamin selamat.






..::Nuffnang Ads::..