Wednesday, April 10, 2013

Pertandingan Projek Inovasi dan Reka Cipta Peringkat PSA



Salam,
Hye..
kita berjumpa lagi..





Pertandingan Projek Reka Cipta dan Innovasi peringkat PSA
wow, lagi tak expect dapat masuk pertandingan ni, apa-apa pun sgt berbangga dapat kawan yang sangat komited menyiapkan projek ni, salute korang sangat2, sampai ke peringkat ni dapat pergi,



Pertandingan kalini lain sikit dari pertandingan peringkat JKE haritu, tp konsep sama je cuma yang lain dari segi Juri la, 3 orang juri luar mengadili pertandingan kalini, Seorang Juri tu dari Syarikat Sony Ericson, Seorang lagi Engineer JKR, seorang lagi tu Professor Kej Elektrik dari Uitm Shah Alam.. dan di tambah lagi 3 org juri dalaman dari PSA, seorang wakil JKE, JKM dan JKA.




Alhamdulillah
walaupun booth kami yg paling simple, kami berjaya mendapat tempat kedua dalam pertandingan ni.. Ini lah rezeki namanya.. Alhamdulillah, yang lagi best JKE pegang 2 tempat, iaitu tempat kedua dan tempat ketiga dimenangi oleh JKE, Syabas dan tahniah , tempat ketiga tu Security of Motorcycle System, projek tu mmg rare, tempat pertama dimenangi oleh JKM, dan tempat keempat dimenangi oleh JKA. (tak ingat la nama projek dorang)



Tahniah untuk semua pemenang, yang tak menang tu bukan projek korang tak bagus, tp adat pertandingan mesti ada menang, mesti ada kalah.. semua yg masuk bertanding tu projek mmg owesome2! tahniah sbb berjaya masuk pertandingan tu!.. bukan semua orang dapat rasa pengalaman macam tu.. kan.. :)


abe khali yg semangat bagi penerangan kendalian projek



Bersama ketua Program DJK dan Pensyarah penasihat Projek kami :)




Gambar2 Pemenang :)


Pemenang tempat Pertama - JKM








rakan seperjuangan, Syabas dan Tahniah
Power Monitoring System, Tempat Kedua - JKE



Security of Motorcycle System, tempat ketiga -  JKE




Pemenang tempat keempat -JKA




Sekian,
Tahniah kepada pemenang :)


Salam,




0 orang berbicara:

..::Nuffnang Ads::..