Sunday, December 25, 2011

Alahai Praktikal

Salam, hey guys..
lama dah x update blog nih..
selalu bukak tp cam xde mood lak nk update..

kali ni update nk cite pasal praktikal aku nih yg dah seminggu berlalu..
ok,, introduce dulu...


Untuk praktikal ni aku dapat kat Panasonic Electronic Device Malaysia Sdn Bhd (PEDMA)
nice la.. kilang yg besar pulak tuh..
setiap student Politeknik mesti kena melalui LI *Latihan Industri kalau nak dapat Diploma mereka..
sijil pon sama gak.. tapi skg Politeknik dah xde sijil kot.. semua Diploma dah..

19.Disember 201
pepagi kul 8 dtg la dgn harapan dan sedikit gementar nak lapor diri nih..
dah la xde membe pon sama tempat LI ngan aku..
sensorang je.. 
xpe la t ade lah membe kat sana... kot~~

setibanya disana ada la lagi 4 org dak praktikal gak dr Politeknik..
tp xsama,, sorang tu Politeknik Banting, PoliSas, dan 2 org Psis
dipendekkan cerita hari pertma kat PEDMA
xde buat pape.. just dgr taklimat je.. huhu..
sehari suntuk duk lam education room.. tp xde watpe..
arghhh.. tetido2 aku dibuatnye..

2nd day pon sama..
3rd day baru lah aku masok kilang...
waaa~~ teruja siot tgk mesin2 die yg canggih2 tuh!
haha, batak jap~~ kitorang belum dibg pengenalan ag tentang sistem kerja dalam tuh..
just tgk2 je.. pastu bos kitorang soh kitorang susun capasitor..
tukar kedalam bucket yg lain..
buat je la keja tu sampai balik.. layan je la..

hari keempat, kena wat keja baru..
nama proses tu kena cek Bulging Body kat capasitor tu..
bulging tu macam gelembung kat body capasitor tuh.. so kena cek la..
untuk menjmainkan kualiti capasitor tuh.. sehari suntuk wat tuh.. err...
buat jela.. bukan susah pon..

hari klima.. cukup seminggu.. buat keja syg sama gak cam semalam!!
sampai lebam dibuat nye.. haha (gurau jew)
time nak balik, xpasal2 kena marah disebabkan kesalahan org lain..
bos jerit2 lak tuh.. korang nak tau sebab ape kena marah??
sebb ade bangla tu senyum2 bile bos tanya sape yg letak capsitor tuh campur2!!
haha.. sbb bangla tuh la die tggi kan suara,, apa pon x boleh la!!
tapi de sbb lain yg die hangin sgt dgn staff2 nih... 
kitorang yg baru2 ni tak tau pape la.. xpasal2 terlibat sbb ada kat tempat kejadian,,
naseb baik ari jumaat n ESOK CUTI!! hehe 3 hari pulak cutinye,, mmg best...

Ready for next week.. 5 bulan Praktikal!! lamenye lahh~~
nak wat report cane nih... err

Sunday, October 16, 2011

BILA LELAKI BETUL2 SERIUS DALAM PERCINTAAN….



Kecantikan kamu diketepikan…keikhlasan kamu diutamakan... Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya. si dia akan sentiasa menghantar sms..wlpan tak diblas..ini tnda si dia sentiasa memikirkan kamu…

Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan.

Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.

Sentiasa menghiburkan hati kamu dikala gundah...

Sentiasa bersungguh melakukan sesuatu untuk kamu.. .Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel Sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat.

Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu.

Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja

Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebih lebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh.

Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain.

Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.. Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu.

Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya.

Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu.

sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “awak sayang saya?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur.

Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.. Tidak suka kamu memakai seksi...kerna tidak suka kamu diperhatikan lelaki lain wlpn berlengan pendek...

Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

Dia tidak suka kamu keluar malam…tanda ingin menjaga pandangan org terhadap kamu... Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya. HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya…. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI yang benar-benar mencintaimu..




credit to Irma :( and all readers yg bergelar wanita!

Sunday, October 9, 2011

MULSIFIERS E-CODES FOR PIG FAT

JANGAN BELI !!! ADA BABI.

buat sahabat dan umat seislamku,,marilah kita pakat2 berhati2 dengan rezeki dan apa yang akan menjadi darah daging kita..

.patutlah lepas makan ni..kita susah nak baca al quran & solat !!! contoh lain.. apollo, cadbury etc. print code ni simpan dlm wallet atauhenset. refer bila nak beli.

Semoga Allah menghancurkan kaum2 yg zalim & musyrikin yg cuba menghancurkan Islam. wallahu a'lam info : persatuan pengguna pulau pinang

Yg jelas nye.....pringles pun ader gak lemak ni.

..kalau xcaya tgk ader E471 kat ingredients nya tu...mmg patut lah Allah turunkan bala virus influenza tu.... Xheran lah kalau skg ni ramai sgt samseng, yg muda, yg tua

..laki..pompuan. ..sama jer.....solat yg wajib main tinggal jer..doa pun byk yg tak termakbul ekoran makanan2 seperti ni yg jadi darah daging.......nauzubillah.. Camner nak lahirkan lebih ramai islam yg betul2 'muslim'... dari kecik dah disuapkan dgn makanan2 mengarut ni... yg heran nya caner leh ader tanda HALAL bg makanan2 tersebut?

Bijaknya org2 kafir memperdayakan org2 Islam hanya dgn makanan...... Kebijaksanaan mereka xkan kekal lama... Tp...ingatlah suatu masa yg telah ditetapkan oleh Allah swt, org2 mukmin akan bangkit jua... Jika kita sedar dan prihatin..forward lah untuk rakan2 seislam...semoga kita lebih berhati2 ngan tipu daya & helah musuh2 Allah swt...

share dan war2 kan kepada sahabat2,,dan rakan 2 seagama kita..Allahuakbar...Kita sama2 berkongsi sesuatu yg bermanfaat,,,semoga Allah...Satu kan hati2 kita amin...

MULSIFIERS E-CODES FOR PIG FAT

1 E 100 16 E 280 31 E 434 46 E 482
2 E 110 17 E 300 32 E 435 47 E 483
3 E 120 18 E 301 33 E 436 48 E 491
4 E 140 19 E 325 34 E 440 49 E 492
5 E 141 20 E 326 35 E 441 50 E 493
6 E 153 21 E 327 36 E 470 51 E 494
7 E 160 22 E 334 37 E 471 52 E 495
8 E 161 23 E 335 38 E 472 53 E 542
9 E 210 24 E 336 39 E 473 54 E 570
10 E 213 25 E 337 40 E 474 55 E 572
11 E 214 26 E 422 41 E 475 56 E 631
12 E 216 27 E 430 42 E 476 57 E 635
13 E 234 28 E 431 43 E 477 58 E 904
14 E 252 29 E 432 44 E 478 59 E 920
15 E 270 30 E 433 45 E 481

Dari Abu Hurairah r.a…Nabi s.a.w. sabdanya:

"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka, dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka."

Petikan Daripada Kitab Fikhul Jihad Karangan

Prof.Dr.Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi

nota kaki: copy n paste je.. info untuk semua

Sunday, May 22, 2011

Terbesar, Termoden dan Tercanggih rupanya DiMalaysia

Salam Again to all reader.. Hah apa yang Terbesar, Termoden dan Tercanggih kat Malaysia tuh.. hahha, ni nak habaq mai ni sedang Fz jalan2 n lawat2 kat blog org td, Fz terbaca pasal GEREJA terbesar kat Malaysia ni.. Masih dalam Pembinaan, dekat Bukit Jalil... fuyoo dasyat gile ahhh.. Fz pon terkejot tgok design die nih.. kaw2 ahh.. bukan terbesar kat Malaysia je malah, tercanggih dan termoden kat Dunia! Dunia k, bukan Malaysia je.. haaa Dasyat ke tak dasyat.. Meyh Fz tunjuk gamba sikit






Fulamak.. korang tgk la.. power tak power?? dengar2 cite, gereja nie diberi nama CCC ataupun Calvery Convention Center ....sekarang ngah dalam proses pembinaan....yang tak boleh bla tuh, iklan Bliboard die cam ne tau...letak ayat nie "AND THERE IS HOPE"...hope hape tuh?? adodoi.
 hah ni lagi gambar pembinaan geraje CCC nih!!







Adanya HARAPAN???




peta Lokasi!!

Apa yg Fz baca td, dia tulis kos pembinaan gereja nie menelan belanja lebih kurang RM100juta ...tak termasuk harga tanah yang berharga RM35juta... perghh Dasyat giler!! MURAH KAN.. hahah...(suke lak)...hehehe....Gereja nie ada 6 tingkat (gereja terbesar la katekan)....klu nak tau lagi lanjut pasal kehebatan gereja nie..try usha link nie...semua tentang ini bangunan...;p

bangunan gereja yg bakal siap x lama lagi..



besar dan canggih!!


hah, tp nk habaq sikit..
dalam duk tgk cantik2 ngan rekaan die..still ade jugak unsur2 FREEMASOM nie haaa...x caye...tgk pix2 nie ok...





hah, korang jangan terkejut la pulak yerkk..hehehe..Cerita ni tak reka2 tau..nie fakta...haishh..risau gak kalau pasni ramai anak2 melayu yang terjebak main tukar2 agama. Yelah...sekarang nie pon ramai melayu yang bukan Islam, nie bila buka je mende nie.haiiyoo lagi la....nauzubillah...hope dijauhkanlah..amin...

emm...nak tau x ape misi n visi CCC nie..huhuhu..sangat menakutkan.., sebab diorg nak tarik semua masuk agama nie..tetttt........ sumpah takot giler!! jap2, copy paste jap..hehehe..(bahasa omputih, malas taip)...

The Mission Statement of the Calvary Convention Centre is:

* To be an inspiration and to benefit all in Malaysia and beyond
* To be a dynamic and positive influence in our society
* To care and to share with those who are without hope
* To equip and train those who desire to serve and help others
* To declare God’s love and His faithfulness to mankind


huhu, xtau la nak ckap ape.. hope korang dan sy di kuatkan iman bersama Islam agama yg suci..


p;s/ fz harap xde la dikalangan rakan blogger fz yg terjebak tukar2 agama ni.. seronok lagi tgk masjid kita!


Saturday, May 21, 2011

Takziah Buat Mangsa Runtuhan

Salam Hey Blogger n reader..
Fz nak ucapkan salam takziah buat mangsa tanah runtuh di Hulu Langat Selangor tadi.. sedih Fz tgk, mangsa keadaan alam ni.. semoga roh mangsa yg terkorban tu dicucuri rahmat InsyaAllah..

Berikut adalah berita terkini tragedi tanah runtuh di rumah anak yatim hulu langat. Kira-kira 20 kanak-kanak tertimbus dalam tanah runtuh di Rumah Persatuan Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Batu 14, Hulu Langat pada pukul 2.30 petang.

Kini enam mayat kanak-kanak telah dikeluarkan manakala tujuh mangsa cedera.

Menurut Ahli Parlimen Hulu Langat, Che Rosli Che Mat, pasukan mencari dan menyelamat terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan penduduk kampung mengeluarkan mayat dan mangsa yang cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Kajang.

Empat penjaga kanak-kanak tersebut masih belum ditemui

Saksikan gambar kejadian tanah runtuh di rumah anak yatim hulu langat yang berlaku pada jam 2.30 petang tadi. Untuk membaca berita terkini mengenai kejadian tanah runtuh di rumah anak yatim Al- Takwa, sila baca artikel tersebut di Berita Harian Online

kawasan kejadian



Tanah yang runtuh mengakibatkan rumah anak yatim tertimbus



Antara pegawai bomba




Pegawai bomba dan orang awam berusaha mengeluarkan mangsa



Mangsa yg berjaya dikeluarkan



Mangsa runtuhan



Al-Fatihah buat mangsa



paramedic berusaha menyelamatkan mangsa



Mayat yg selamat dikeluarkan




Mayat mangsa runtuhan disempurnakan





Sekali lagi Fz ucap takziah buat yg mengenali mangsa.. Sama2 la kita sedekahkan Al-Fatihah buat mangsa yg terkorban..

P/s: Fz adalah nama sy, pasni sy akan gune kata ganti nama sy Fz k.. harap maklum buat semua readers.. thanks sudi lawat.. Assalam..

Monday, May 2, 2011

Hari Yg Teristimewa

Salam
Hye semua..

Simple story for today..
Pagi tadi, aku bangun tido teros g mandy.. 
sebab aku igatkan dah terlalu lewat.. 
rupanya jam baru kul 7.45am..
lepas mandi aku teros bersiap sebab hari ni aku ade temujanji penting dengan sidia.. 
lebih kurang kul 8.25 pagi aku dah ade kat dalam ktm.. menanti detik untuk bertemu sidia..
sesampainya aku di KL Sentral.. Lebih kurang kul 9.30 aku tgk dia xsampai ag..
rupanya-rupanya dia xnaik tren ag(etceli dia dari batang kali, n aku dari Pel.Klang)
Walaopan agak hampa, tapi aku tetap tunggu kau sayang!..
hampir 2jam menunggu akhir sdia muncul jugak..
berbaloi rasanya dapat melihat wajahnya.. 
walaopon kebosanan menunggu 2 jam di KL Sentral(bole amek part time jadi pak guard oww)
tapi xpe, demi kamu syang..
Perot ku dah berkeroncong ala2 nasyid genre, dan sidia pula rancak dgn genre dikir barat..
so destinasi pertama kami "Mau Cari Makan"
aku ajak makan McD kat KL Sentral, tapi dia kata ramai..
ok, Jom kat TS.. sane ade mcD gak..
Ok Set..
Setibanya di mcD tS, mak datuk lagi penuh..
langsung xde tempat duduk..
aku pun tggu la jd cam patung mcd kat situ sambil mkn sikt2 fries tu
(dah lapa sgt la katakan)
lebih kurang setengah jam gak kot.. tggu org..
akhirnya dapat gak tempat duduk 
teros la Menikmati Burger Spicy Chicken McDeluxe+fries+sandae
yg xbleh bla.. time aku dah abis makn burger tu je.. perot aku len macam..
sebelum makan td, bunyi ala2 nasyid.. lepas makan lak? adoi..
parah2.. (aku nak terberak doe)
agak segan, tapi aku bantai jela..
teros terang aku ckap kat dia.. Nk Berak..
dia gelak? ofcos la.. Cett.. suke dia gelakkan aku..
cepat2 aku kemas meja tuh, teros aku g toilet...
..........................
setengah jam kemudian
(pergh lamanya)
haha, membuang habis-habisan la kot..
eyh takde la sampai setegah jam...
tapi lama gak la aku dalam bank tuh..
urusan berjuta-juta.. mmg la lama kan.. haha..
ok stop..
cite balik kisah temu janji aku dgn dia..
pas aku mmbuang , aku ckp ngan dia..
saya nak kawin  tgk wyg dgn awk..awk nk tak?
dia kata jom ! aku pon on je la..
aku pon gerak la g Mid..
(nak tgk Fast And Furious 5)
Setibanya di Panggung Wayang kat Mid..
skali tgk Fast And Furious 5 Sold Out
arghhhhhhhhhhhh...
hampa lagi... last2 aku dgn dia tgk cite cine..
cite hantu lak tuh..
Ghost Must Be Crazy
layan gak cite nih.. hehe..
best aku tgk dia jerit.. haha..
padahal bukan seram pon.. Lawak seyhhh (uwekk)
jerit la syg.. asalkan kau heppy..
Sgt comel bile kau jerit! hehe...
...........
abest cite wayang..
kami jalan2 sekitar Mid, tetiba perot ku bg amaran petama..
(sumpah, aku saket perot)
apa lagi Bank negara Cawangan Mid la aku tuju..
sisa pelaburan tadi yg masih tertinggal.. adoi..
haha.. fuhh lego rase den bile kuar tuh..
ok, syg.. jum jalan lagi..
Jalan.. jalan..jalan..
sekali tgk, masa dah mencemburui kita..
nak balik dahh..
part perpisahan pulak..
yang ni aku paling xsuke.. tapi nk buat macamna..
kami belom sah nak tinggal bersama..
menunggu la aku dgn sidia tren untuk pulang ketempat masing2 di Mid 
lama jugak la tggu.. btw, aku hepy dpt jumpe kamu syg!
Rindu ku terubat sedikit pabila dpt bersama (yek, sory la lau korg rasa nk muntah)
tapi tu lah hakikatnya..
hahahah..

Fall In Love
~tamat~

Nota kaki: hari ni hari paling istimewa, dan juga hari menunggu buat aku.. haha.. I LOvE u Irma..

Thursday, April 28, 2011

Drama Juvana Untuk Teladan


Salam, hey guys.. korang ade tgk tak cerita Juvana ni?? sumpah aku kata, mmg bagus untuk ditonton. bukan untuk dijadikan ikutan tapi sebagai pengajaran.. Kalau sebelum nih setiap hari isnin bukak Tv3 kul 9 je ada cerita gemilang, nka tgk saif yg agak ensem tuh, haha tapi skg saif da tua dah.. cerita pon dah abis... pe kata layan cerita Juvana ni pulak..

sedikit sinopsis..

Episod 1
Seorang remaja berusia 17 tahun, Daim bin Yahya, ditahan atas tuduhan membunuh ibu serta teman lelaki ibunya. Memandangkan kes Daim masih dalam tempoh perbicaraan, Daim telah dihantar ke Sekolah Pemulihan Akhlak Wira Bakti (sebuah sekolah NGO) sehingga kes pembunuhan ibunya selesai dibicarakan.


Di sekolah tersebut, kita diperkenalkan kepada watak Warden sekolah tersebut, Encik Raja, yang tegas, Guard yang tiada belas kasihan, Tony, timbalan Warden, Cikgu Ariffin serta guru kelas mekanik, Cikgu Azmee. Selain itu, kita juga ada watak makcik kantin, Auntie, yang sentiasa ceria dan mesra dengan semua pelajar serta anaknya yang cantik, Nadia, yang meluat dengan kerenah para pelajar sekolah itu.


Sebaik sahaja tiba di sekolah itu, Daim yang memang pendiam orangnya terpaksa berhadapan dengan samseng-samseng yang diketuai oleh Botak dan kuncu-kuncunya. Beliau dipukul, dan dipaksa menjadi balaci (hamba) kepada Botak.


Mujur, dia berjaya mendapat seorang rakan baru bernama Apek, bekas pelarian dari sekolah tersebut, yang arif tentang selok belok sekolah tersebut dan menceriakan keadaan dengan telatahnya yang lucu. Watak Daim yang pendiam juga turut mendapat perhatian dari Nadia, yang merasai ada sesuatu yang berbeza dengan perangai Daim, seolah-olah dia memang tak bersalah.
Salah seorang pelajar yang baru masuk bersama Daim, Black, turut menjadi perhatian Botak dan kuncu-kuncunya. Kerana kelancangan mulut Black, mereka telah membelasah Black sehingga dia jatuh sakit. Akibat tidak tahan dengan rungutan Black yang merayu untuk dihantar ke hospital, Botak dan kuncu-kuncunya telah memaksa Black untuk memanjat pagar asrama, mengatakan kalau dia nak ke hospital, dia cuma perlu keluar dari sekolah itu. Ketika itu, Black tergelincir dan jatuh.


Antara Pesalah Juvana


PESALAH JUVANA
DAIM
Nama : Daim Bin Yahya
Umur : 17 tahun
T.Lahir : 19 Disember 1994
Alamat : 11A, Jalan Cecewit 6/2, Kota Damansara, Kuala Lumpur
Kes  : Bunuh
Ringkasan : 
-Dimasukkan ke Sekolah Pemulihan pada 15 Januari 2011
-Tertuduh disyakki membunuh ibu dan teman lelakinya
-Ditangkap ditempat kejadian
-Kes masih dalam perbicaraan





PESALAH JUVANA
AYAM
Nama : Haris Bin Isa
Umur : 17 tahun
T.Lahir : 20 November 1994
I.C : 941120-14-4081
Alamat : 6,Jalan Maarofan, Bangsar, Kuala Lumpur
Kes : Buang Bayi
Ringkasan :
-Dimasukkan ke sekolah pemulaihan pada 13 September 2010
-Tertuduh disyakki membuang bayi bersama pelajar perempuan di tong sampah
-Kes masih dalam perbicaraan





PESALAH JUVANA
BOTAK
Nama : Abdul Naim Bin Malik
Umur : 17 tahun
T.Lahir : 16 Ogos 1994
I.C : 940816-03-4063
Alamat : No 8, Jln 6/3, Bandar Baru Bangi, Bangi, Selangor Darul Ehsan
Kes : Mendatangkan kecederaan kepada mangsa
Ringkasan :
-Dimasukkan ke sekolah pemulihan pada 20 Julai 2010
-Tertuduh disyakki didera oleh bapanya sendiri
-Ditangkap kerana telah memukul pelajar sekolah sehingga parah





PESALAH JUVANA
APEK
Nama : Khairuddin Bin Shamsuddin
Umur : 16 tahun
T.Lahir : 12 Oktober 1995
I.C : 951012-01-4031
Alamat : 12-1, Perumahan Awan, Sungai Ramai, Kajang
Kes : Menipu orang sehingga menyerahkan wang
Ringkasan :
-Dimasukkan ke sekolah pemulihan pada 17 Ogos 2010
-Tertuduh disyakki menipu orang ramai untuk wang
-Dihantar ke balai polis oleh orang awam
-Ditangkap semula setelah melarikan diri dari sekolah pemulihan








PESALAH JUVANA
FIT
Nama : Mohd Razif Bin Sulaiman
Umur : 17 tahun
T.Lahir : 1 Julai 1994
I.C : 940701-01-4117
Alamat : Blok 6-3, Flat Seri Bayu, Taman Suga, Cheras, Kuala Lumpur
Kes : Menagih dadah
Ringkasan :
-Dimasukkan ke sekolah pemulihan pada 14 Ogos 2010
-Tertuduh disyakki menagih dadah
-Ditangkap ketika serbuan di Flat Seri Bayu





PESALAH JUVANA
GABAN
Nama : Azizan Bin Shafik
Umur : 16 tahun
T.Lahir : 17 Februari 1995
I.C : 950217-10-4089
Alamat : 14, Jalan Jasmina Putih, Taman Jasmin Putih, Cheras, KL
Kes : Lumba Haram
Ringkasan :
-Dimasukkan ke sekolah pemulihan pada 13 September 2010
-Tertuduh ditangkap ketika berlumba dijalan Kenanga
-Ditangkap ketika cuba melarikan diri
-Kes dalam perbicaraan








PESALAH JUVANA
GAJAH
Nama : Firdaus Bin Nasir
Umur : 17 tahun
T.Lahir : 26 Mei 1994
I.C : 940526-71-4333
Alamat : 2010,Jalan Besar, Kampung Duyong, Umbai, Melaka
Kes : Mengugut untuk bunuh
Ringkasan :
-Dimasukkan ke sekolah pemulihan pada 16 Disember 2010
-Tertuduh disyakki mengugut untuk binuh guru di sekolah
-Diserahkan di Balai Polis oleh guru sekolah
-Kes masih dala perbicaraan










.............................................................................
hah, kalau nak tau macam mana jalan cerita dia lagi jum la.. tgk Tv3 setiap hari Isnin Jam 9Pm..

p/s :*Semua info di atas hanyalah rekaan untuk tujuan penceritaan sahaja. Tiada kena-mengena dengan mana-mana pihak. 

Wednesday, April 27, 2011

COUPLE ISLAMIC

COUPLE ISLAMIK....apa 2??



jom baca kisah ni..kot2 paham....



Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah.



beberapa tahun berlalu...Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. "COUPLE ISLAMIC". Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu.



Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya, "Have you married?". "No.", jawab Safura. "So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad. "Kami couple, tapi Islamic way" jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya.



"Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.”



Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas...



p/s : yg HARAM tetap akan HARAM walau kita cuba apa cara sekalipon untuk mengHALALkannya..peringatan untuk diri ana sendiri terutamanya....wallahualam - shared dari rakan facebook

Thursday, April 21, 2011

Aku Benci Exam Kali ni!!

ermm.. 
Patot ke aku kata exam ni susah sedangkan aku tak ready 100% nak jawab exam.. adoi.. Bala-bala~ series doe.. susah cam gampang.. First paper, Engineering Mathemathics 2 hari Isnin 18.04.2011 Kul 2.30 bertempat di Jabatan Kejuruteraan Elektrik! bermula la perjuangan aku.. bermati matian aku jawab paper.. *naseb baek tak mati betoL.. huhu.. soalan perghhh (senang la sgt!) .. etceli soalan tu sebenarnya senang je.. masa Quiz ngan Test aku rasa aku leyh je jawab.. tapi napa masa Final tak boleh?? arghhh.. tention2!!

Ok, tutop cita sal Math.. dah lama berlalu pon!.. Rabu lak 20.04.2011 jam 11.15 pertempuran kedua aku.. kali ni kat Dewan Utama PSA.. Paper Digital Electronic.. Sebelum masok dewan peksa.. muka aku selumber je.. (bajet cool la kan) padahal nga neves tahap gaban.. huhu.. agak huru hara sikit nak masok dewan tuh.. maklom la ramai kot lam tuh.. lebih kurang 400 org la.. huhu.. masa menjawab bermula je.. aku buka soalan.. tgk2, perghh senang la (Objektif) la katakan.. sekali bukak part essay.. CAM NAK NANGES TAU TAK!! adoi.. dah aku malas nk igt.. huhhh

the next day.. Khamis (harini) 21.04.2011 kul 2.30 lagi satu pertempuran maut berlaku.. ELECTRICAL CIRCUIT.. paper yg paling aku takot.. fuhh.. btw Alhamdulillah BOLEH JAWAB . cehh, bangga lak.. haha.. tapi tak pasti la ape yg jawab tu betol ke tak.. (etceli aku hantam je) haha.. lantak la.. (ni la kata2 seorang pemalas)

untuk minggu ni.. aku rasa lega skg.. sebab semuanya dah lepas.. tapi sgt2 dissapointed! (betol ke aku eja) haha.. yela.. disebabkan KEMALASAN aku yg teramat sgt, camni la jadinye.. huhu.. oke2 nak kecewa n nyesal pon xgune!! betol tak.. huhu...

Perlu la aku INGAT.. perjuangan aku belom selesai! ade lagi satu paper nex week ari rabu.. iaitu paper SEMICONDUCTOR DEVICE.. hopefully dapat jawab ngan cemerlang Gemilang dan terbilang.. haha.. k La..

* aku masih pening gara2 paper tadi!! adoi!! Salam, bye u ollz

Saturday, April 16, 2011

Seksanya Lelaki Melihat Buah Dada Wanita

Seksanya Lelaki Melihat Buah Dada Wanita

Cuba bayangkan. Ada satu lelaki ni, dia duduk dalam bas sebelah seorang perempuan bertudung. Perempuan ni cantik. Dia pakai baju lengan panjang dan tutup aurat tapi sayang baju dia ketat. Walau pun bertudung tapi sayang tudung dia tak tutup dada. Oleh sebab baju dia tu ketat, maka tersembul la dua bentuk yang menonjol di dada perempuan itu.

Si lelaki ini, masa first dia duduk di sebelah perempuan tu dia still dapat control lagi. Tapi bila dia ternampak dada perempuan yang montok itu secara tidak sengaja, bayangan dada perempuan itu terus melekat di dalam kepala. Lelaki tu berusaha menundukkan kepalanya supaya dia tidak ternampak lagi dada perempuan itu, tapi sayang bayangan itu telah menjelma di dalam kepala.

Lelaki tu tutup matanya, tapi syaitan masih lagi buat dajal dalam fikirannya. Syaitan cakap dekat lelaki tu. "Kau bayangkan kalau dada perempuan yang kau nampak dalam fikiran kau ni dah besar, macam mana pulak kalau kau tengok real kan?" Puas lelaki itu melawan godaan syaitan. Tapi nafsu datang membantu syaitan tu. Akhirnya lelaki tu tumpas.

Lelaki tu buka mata dia, dan dia toleh ke arah perempuan tu sekejap. Perempuan tu tak sedar dia diperhatikan, lalu lelaki tu pun tengok la ke arah dada perempuan yang montok itu puas-puas. Tiba-tiba, perempuan tu pusing ke arah lelaki itu dan ternampak yang renungannya lain macam je. Bila dia nampak arah pandangan lelaki tu, perempuan tersebut terus marah.

"Bodoh! Lelaki gatal! Mata keranjang!" Perempuan itu menyumpah-nyumpah lelaki tersebut. Kesian, lelaki itu dipersalahkan. Perempuan sering marah bila ada lelaki memandang mereka dengan muka yang bernafsu seperti seorang perogol yang tengah menunggu mangsanya. Kononnya lelaki semuanya bernafsu buaya. Tapi perempuan tak pernah fikir ke apa sebabnya lelaki jadi macam tu?

Pernah tak lelaki jadi begitu bernafsu apabila melihat seorang perempuan yang memakai tudung yang besar dan menutup dada mereka? Pernah tak lelaki bernafsu melihat perempuan yang baju mereka agak longgar seperti jubah? Okey, yang itu jawab sendiri. Now, aku nak korang bayangkan situasi ni pulak.

Ada seorang lelaki, di sebelah dia ada seorang perempuan yang bertudung agak besar dan seorang lagi perempuan bertudung tetapi masih nampak dadanya. Kedua-dua perempuan tersebut sangat cantik. Adalah menjadi fitrah seorang lelaki memuji perempuan yang cantik wajahnya. Tetapi apabila lelaki itu terlihat bentuk buah dada milik perempuan yang bertudung tapi masih nampak dada tu, nafsunya naik dengan mendadak.

You see the difference? This is reality. Ramai aku tengok perempuan zaman sekarang pakai tudung macam tu. Bukan aku nak kondem perempuan-perempuan tu semua. Tapi aku nak minta satu je. Please, for the sake of other men out there. Pakai la tudung yang besar sikit. At least, tutup dada pun kira okey la. Aku bercakap berdasarkan pengalaman aku sendiri. Aku sendiri kalau dah ternampak buah dada perempuan yang montok, terus terang aku cakap aku memang akan terbayang gila-gila punya.

Aku tau, lelaki patut menundukkan pandangan mereka dan mengelak daripada melihat benda-benda yang tak elok seperti yang telah termaktub dalam surah An-Nuur ayat 30 ni:

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka MENAHAN PANDANGANNYA, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."

Tetapi, tanggungjawab itu bukan ke atas lelaki saja. Perempuan jugak mempunyai tanggungjawab mereka seperti yang tertulis dalam surah An-Nuur ayat 31 ni:

Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka MENUTUPKAN KAIN KUDUNG KE DADANYA, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung."

You see that? Maafkan aku sekiranya bahasa yang aku gunakan di sini agak kasar sedikit. Mungkin ada perempuan yang terguris hati bila aku tulis pasal benda ni. Tapi aku buat ni untuk kebaikan bersama jugak. Jangan salahkan lelaki saja bila mereka melihat perempuan ini seperti satu simbol seks. Memang lelaki nampak bersalah, tapi kalau puncanya jugak disebabkan oleh perempuan, maka kedua-dua pihak adalah bersalah.

Aku harap, selepas ini perempuan-perempuan yang di luar sana especially yang pakai tudung kecik dan masih menampakkan dada tu, silalah berubah. Apa salahnya memakai tudung yang besar kan? Kalau korang rasa sukar untuk berubah, cuba tanya soalan ni dekat diri sendiri. Adakah korang sanggup bila lelaki selalu melihat buah dada korang dan menganggap korang sebagai simbol seks atau pun korang lebih memilih untuk memakai tudung yang besar dan lelaki melihat korang dengan penuh kehormatan.

Nota kaki: text ni aku dapat dari salah seorang membe aku kat Facebook.. Renung2kan dam Selamat Beramal ye..

Monday, April 11, 2011

IMPIANKU by HOT FM, tahniah buat Ahmad Fairus

Salam semua..
hari ni nak shared something yg mungkin mengubah hidup semua.. 
 Ucapan Tahniah buat Belajar Fotografi/editing Percuma untuk Bumiputra  Creat by Ahmad Fairus bin Mohammed Noor ni sebab hasrat untuk komuniti beliau dah terpilih dalam 5 Impian terbaik dalam IMPIANKU anjuaran HOT FM. Marilah ramai2 kita vote komuniti ini supaya dapat merealisasikan Impiannye.. Ini untuk semua..











klik kat Impian Keempat dan klik vote





klik sini----> Hot FM untuk vote..terima kasih semua..

...................................
lalalala~

Thursday, April 7, 2011

Final Exam Kembali

Salam guys..
lama dah x updat blog nih.. 
xde mood la.. huuhu..
This simple entry nk ucapkan Selamat Maju Jaya kepada semua student

Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Selangor
Universiti Putra Malaysia (UPM), Selangor
Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang
Universiti Teknologi Malaysia(UTM), Johor
Universiti Malaysia Pahang (UMP), Pahang (dulu KUKTEM)
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Kuala Lumpur
Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Sarawak
Universiti Malaysia Sabah (UMS), Sabah
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Perak
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Negeri Sembilan (dulu KUIM)
Universiti Teknologi MARA (UiTM), Selangor
Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Terengganu (dulu KUSTEM)
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Johor (dulu KUiTTHO)
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Melaka (dulu KUTKM)
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Perlis (dulu KUKUM)
Universiti Darul Iman Malaysia (UDM), Terengganu (Kini UniSZA)
Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Kelantan
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Kuala Lumpur (dulu ATMA)

Politeknik Ungku Omar, Ipoh, Perak
Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang
Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Jitra, Kedah
Politeknik Kota Bharu, Kok Lanas, Kelantan
Politeknik Kuching, Kuching, Sarawak
Politeknik Port Dickson, Si Rusa, Negeri Sembilan
Politeknik Kota Kinabalu, Kota Kinabalu, Sabah
Politeknik Shah Alam, Shah Alam, Selangor
Politeknik Johor Bahru, Pasir Gudang, Johor
Politeknik Seberang Perai, Permatang Pauh, Pulau Pinang
Politeknik Kota, Melaka, Balai Panjang, Melaka
Politeknik Kota, Kuala Terengganu, Kuala Terengganu, Terengganu

dll yang bakal menduduki Final exam.. Wish me luck also k.. jgn lupe study!! jgn asek online fb je (ceh, ckap org pandai) hehe..

tu je.. thanks sebab baca..

lalalalal~~

Monday, March 21, 2011

Remaja Dengan Cinta

SELOKA:CINTA DIMATA REMAJA



Apa nak jadi dengan manusia,
semua benda nak kongsi bersama,
air segelas minum berdua,
konon setia katanya.
Yang lagi dahsyat,
berjalan kemana-mana pun nak berdua,
dah macam tak ada orang lain kat dalam ini dunia,
macam belangkas sentiasa berdua.
Inilah bahana orang bercinta,
bercinta tapi tak tau apa itu CINTA.
Inilah sekarang punya remaja,
maaf andai terkasar bahasa,
bukan mengutuk bukan mengata,
semuanya realiti benar belaka.
Ada yang kata cinta itu buta...
betul ke?
Kalau buta dimana matanya?
Ada yang kata cinta itu gila...
macam-macam pengertian remaja,
pening kepala dibuatnya.
Lagi teruk yang kata cinta itu untuk sementara,
untuk buat suka-suka,
untuk seronok-seronok saja.
Ada yang kata cinta itu,
C - cinta
I - itu
N - nikmati
T - tubuh
A - anda
tak ke melampau namanya?!
Manusia manusia...
Muda-muda dah gatal nak bercinta,
konon dah cukup remaja,
tapi makan pakai pun mak bapak yang jaga,
dah tak tau nak cakap apa,
kalau ditegur bukannya nak dengar kata,
bila nasihat ada-ada saja jawapannya..
darah muda... 
macam tu la gayanya...
Mula-mula kenal sms dan chat saja,
bila dah lama kenal mulalah ajak berjumpa
dari berkawan jadi bercinta.
Bila dah bercinta...
Bila dah bercinta macam2 ragamnya,
sesaat tak berjumpa macam setahun lamanya,
itulah kata-kata manis si dia.
Bila berjumpa nak berdua aja,
konon nak privasi katanya,
dia tak tau ada orang ketiga,
yelah benda tak nampak di mata.
Mula-mula bercinta semua cantik dimata,
yang panas pun sejuk katanya.
Manusia manusia...
Inilah permainan dunia...
benar kata orang cinta itu buta,
tapi kalau buta dimana matanya...
Inilah yang buat aku tertanya-tanya.
Cinta tidak akan datang kalau tak dicari,
cinta takkan dapat kalau tak diberi...
Betul ke?
Sukar untuk aku percaya...
Tapi inilah hakikatnya.
Mind is the greatest gift,
gunakan lah sebaiknya.
Cintailah Yang Maha Mencintai...


benarkah cinta itu Indah?
- Artikel iluvislam.com-



renung-renugkanlah dan selamat beramal kebaikan!

Sunday, March 20, 2011

Tsunami di Jepun bukti Kiamat Semakin hampir.

Bila matahari tidak lagi terbit dari timur itulah tandanya kiamat semakin hampir dan ianya merupakan tanda besar hari kiamat. Hari ini sudah banyak tanda-tanda kecil kiamat. Diantara kiamat kecil ialah:

1. Zina bermaharajalela
2. Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik.
3. Bermaharajalela alat muzik.
4.Menghias masjid dan membanggakannya.
5. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
6. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.
7. Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa.
8. Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda.
9. Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)
10. Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.
11. Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat.
12. Orang akan melakukan homoseksual.
13. Akan terdapat ramai anak luar nikah.
14. Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik
15. Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan
16. Banyaknya berlaku gempa bumi.

Dan apabila melihat pada tanda-tanda kecil berlaku kiamat, maka jelas, diantara 1-16 itu jelas menunjukkan bahawa kiamat semakin hampir. Namun yang paling mengejutkan, tanda-tanda besar kiamat juga sudah ada. Yang paling ketara ialah matahari semakin menaik ke arah barat dan semakin meninggalkan timur.



Jepun,11 Mac 2011 negara matahari terbit telah dilanda tragedi tsunami Jepun dan kali ini ia merupakan paling dahsyat dalam sejarah negara mereka untuk tempoh 140 tahun. Kekuatan kali ini bukan calang-calang iaitu 8.9 skala Richter. Kejadian berlaku di timur laut Tokyo. Dan fenomena itu turut mengubah menyebabkan kedudukan Pulau Honshu yang merupakan pulau utama Jepun itu berganjak sehingga 2.4 meter. 


Pulau Honshu semasa dilanda Tsunami

Ibarat padang Jarak padang terkukur selepas Tsunami membadai Pulau Honshu



Ini menunjukkan negara matahari terbit itu sedang mengubah kedudukannya. Maka fenomena ’Retrograde Motion’ yang pernah diperkatakan sejak 1400 tahun dahulu semakin hampir.

Dan ALLAH swt pernah berjanji bahawa hari kiamat akan tiba dan sesungguhnya ALLAH swt tidak pernah memungkiri janjiNYA.

Semoga kisah Tsunami di Jepun tidak lagi menjadi bahan kelakar. Jadikanlah kisah Tsunami di Jepun sebagai pengajaran buat kita. ALLAH swt baru menyampaikan IKLAN KECIL KIAMAT. Dan sesungguhnya, hari kiamat semakin tiba. Semoga kita tidak merasai hari kiamat dan kita dimatikan sebagai orang yang taat, dan tidak diaibkan pada Hari Kiamat.


p/s: text ni aku dapat kat fren fb. so renung-renungkan la, dan selamat beramal! gambar dari pakcik google :D

Saturday, March 19, 2011

Cita-cita dan matlamat?

Salam..

Hye guys..

Hari ni ntah kenapa aku rasa tergerak nak tulis (update) kat blog nih.. Sebenarnya aku keliru nih.. dan tak tau ape yg terbaik untuk diri aku.. 

Nak dipendekkan cerita, Cita-cita dan Matlamat, perkara yang sama ke? kenapa ek masa kita sekolah2 rendah dulu, kita mesti ada sekurang kurangnya satu cita-cita? kalau xda tu macam xde matlamat la.. so cita-cita mmg berkait rapat la dengan matlamat.. urmm.. oke2 , i see.. hehe (ape yg aku cube merepak ni?)





Ape yang aku nak sampaikan dalam entry kali nih sebenarnya pasal cita-cita dan matlamat aku.. :D
k lah start dari sekolah rendah, bila cikgu suruh isi borang maklumat diri.. part nak isi cita-cita tu la aku paling susah nak tulis.. yela.. masa tu aku mana la tau, menatang ape cita-cita tu.. Cikgu pun terangkan, "kamu letak la Polis ke, Bomba, Doktor, Peguam ataupun Askar" macam tu la.. see.. masa tu aku cume tau yg cita2 nih boleh letak 5 tu je.. so aku pun pilih la nak jadi peguam.. tah kenapa aku pilih peguam pun xtau laa.. maybe nama dia unik kot.. hehe , ni sekolah rendah..

Masok lak sekolah menengah.. still lagi aku letak Peguam sebagai cita2 aku.. aku xnampak lagi ape cita2 sebenar aku.. tapi masa tu mmg aku minat gile ngan peguam.. bila masok menengah atas.. form 4 dgn form 5... terlari bidang lak.. cikgu kata kalau nak jadi peguam kena amik sastera.. belajar sejarah la ape laa.. tapi masa aku masok form 4 aku amek elektrik.. dah sudaaa.. nampak la pulak pekerjaan baru.. ENGINEER (JURUTERA) waa.. masa tu aku pk , keja Engineer ni gaji besau.. tu yang aku nk tu.. haha.. 

Masok form 5.. aku tambah subjek.. pendidikan seni.. dah sudahh.. masa ni aku jadi taksub gile ngan seni.. (etceli mmg dah lama minat bidang seni).. tapi masa tu aku dah kompon nak kejar jadi engineer.. masa tu jugak la aku berbelah bahagi.. pe yg aku nk sebenarnya nih.. seni o engineer.. tapi hakikatnya aku belajr je.. haha..

Abes sekolah lak.. nak mohon IPTA, lagi satu perkara yang buat aku pening.. "Nak Amek course ape ni?" aku nak amek bidang seni.. tapi parent aku nak aku sambung elektrik.. adoi.. last2, aku main isi je.. tapi aku lebihkan elektrik.. (dalam hati nak sgt dapat seni).. tak silap aku bidang seni yg aku mohon masa tu, Senibina Reka bentuk kut.. aku minat wat2 design nih.. tuh yg aku nk belajar tu.. tapiii...

aku dapat bidang Elektrik gak..
Diploma Kejuruteraan Elektronik Kawalan

course ni lebih kepada Robot la.. ermm boleh laa.. tapi lam hati aku still nak Seni.. haha

persoalan aku..
Boleh tak pas abes Diploma in Electronic Engineering (Controller) ni aku nak amek Diploma in Art and Design lak.. (ade ke course ni?) haha.. tapi yg penting lam graphic laa.. boleh tak? tapi tu lah .. rasa macam lambat lak.. penin pale aku blaja letrik.. ape2 pun.. belajar jela.. nasib kita , kita tak tau .. betul tak??




Menuntut Ilmu selagi termampu




~TAMAT~

p/s: terima kasih la sudi baca

..::Nuffnang Ads::..