Friday, January 21, 2011

Drama 25 Episod ni banyak bagi pengajaran



Akhirnya Drama AYOUB terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd ni tamat jugak.. kejap jew rasanya habis dah cerita nih.. Walaupun Drama nih ada 25 episod je tapi memang bagi kepuasan kepada sesiapa yang menontonnya.. Banyak sangat pengajaran dalam cerita ni.. Kecekalan dan kesabaran Ayoub macam kisah Nabi Ayub, MasyaAllah besarnya kuasa Allah.. Watak Ayoub yang dilakonkan oleh Iqram Dinzly mmg betul2 jadi..

Sedikit sinopsis daripada drama Ayoub ni..
Ayoub dibesarkan oleh ibunya, Banun lakonan Rosnah Johari dalam keadaan yang sederhana selepas ayahnya, Musen meninggal dunia semasa Banun baru mengandung. Ibu bapa Musen yang berasal daripada keluarga yang berada menyangka Banun berlaku curang dengan Mat Sewel lakonan Razak Ahmad, lalu tidak mengaku Ayoub sebagai cucu mereka.

Ayoub mempunyai seorang kawan karib, Wan Aidil lakonan Fizz Fairuz sejak bangku sekolah. Ibu Wan Aidil, Norma (Norish Karman) sentiasa cemburu terhadap Banun dan tidak membenarkan Wan Aidil rapat dengan Ayoub.
Wan Aidil telah berkahwin dengan Sazzy (Watie Elite), seorang gadis bandar yang kaya. Norma berasa bangga dengan kejayaan anaknya namun dia selalu mendesak Wan Aidil supaya lebih berjaya daripada Ayoub.

Kesabaran dan Kecekalan Ayoub dalam menghadapi segala rintangan dalam hidupnya membuatkan dia lebih berjaya daripada Wan Aidil.


*Buat pengarah cerita ni, Hilter M Zami tahniah buat cerita macam ni.. memang sangat2 bermakna.. 


p/s Sesungguhnya kalau ia(Allah) berkehendaki sesuatu itu terjadi maka Kun Fayakun la.. tidak akan Lambat atau cepat sesaat pun.. (minta maap kalau ayat nih salah)


tapi agak sedih sebab de beberapa episod Mss sebab wat assignment yg melambak.. minta TV3 buat siaran Ulangan.. wuaaaaaa.. 






.................................................................

0 orang berbicara:

..::Nuffnang Ads::..