Thursday, January 6, 2011

"MATLAMAT ANDA"

salam...
hari ni feezy nak share sket, tak salahkan share ape yg kita tahu.. dan mmg tujuan feezy wat beLog ni untuk menerima dan memberi ape yg baru.. hehe.. feezy nak tanya kat kowg2 semua readers belog atopon blogger, actually korang ada tak matlamat hidup? mean sesuatu yg kowg lakukan masa hidup ni untuk ape.. pernah tak korang2 semua pikirkan matlamat hidup korang.. sebenarnya korang nak apa, etc.. untuk pengetahuan korg (bg yg tak tahu lah) nak menetapkan matlamat pun ada cara gak.. ni lah nak shared macam mana nak menetapkan matlamat biar jelas.. selamat membaca..

**************
"MATLAMAT ANDA"

MUSYARATHAH
first sekali kena la Musyarathah, maksodnya apakah niat dan azam anda yg sebenar. Adakah anda telah menetapkan syarat-syarat untuk anda berubah menjadi insan yg terbaik? adakah anda yakin dengan potensi anda untuk mencapai segala hajat bagi mencapai pembangunan diri yang cemerlang, gemilang dan terbilang kepada kedua ibu bapa, rakan dan bersama-sama masyarakat madani yg penuh dengan insan-insan rabbani ni? perlulah kita menetapkan niat asal kita dan berazam untuk mencapai objektif sebenar dalam melakukan apa2 kerja sekali pun.. takdelah buat perkara yg sia2..

MURAQOBAH
Dalam menetapkan matlamat anda perlulah menerima kehadiran Allah SWT dalam segala urusan. Inilah yang dimaksodkan dengan Muraqobah Jangan lupa bahawa Allah SWT Maha melihat. Usaha2 yang dibuat mestilah bersandarkan pada keinsafan bahawa kejayaan berkekalan tidak mungkin tercapai jika mengabaikan kehadiran Allah SWT.

MUHASABAH
siapa yg tak tahu musabah tu apa, pastinya semua tahu kan.. menilai diri dan kelemahan yang ada pada anda sekarang. Hanya dengan mengenalpasti kelemahan dan kekurangan diri, iltizam dibuat untuk sentiasa perbaiki diri sendiri.

MU'AQOBAH
menatang ape lak Mua'qobah ni? Mua'qobah ni untuk mendidik jiwa kita supaya ihklas dan suci. Tidak ada jalan pintas untuk menikmati kemanisan yang berkekalan tanpa direstui Ilahi. Jiwa perlu kental sesuai dengan sasaran dan idealisme yang ditetapkan. Semuanya atas diri sendiri.

MUJAHADAH
usaha yang bersungguh-sungguh. Jangan sekadar membuat kerja melepaskan batuk ditangga. Setiap kerja memerlukan kesungguhan yang mendalam dan perancangan yang rapi. Jangan mengalah sebelum berjuang.

MU'ATABAH
Tegas dan jelas dalam mencela segala aspek yang jahat dalam diri. Bermula dengan menghakos kejahatan dalam diri sendiri sebelum anda melihat kejahatan dalam diri orang lain.



"Adakah anda tahu bahawa kejayaan itu sebenarnya milik anda sepenuhya"
renung2kan dan selamat beramal ye.. :)


*****************

0 orang berbicara:

..::Nuffnang Ads::..