Monday, January 31, 2011

Fotografi Kuasai Dengan Mudah

salam. Hye readers.. pagi2 nih aku dah nak mengarut dah.. Sejok doe.. Dari semalam hujan tak benti2.. bila lah agaknya nak benti nih.. haha.. btw pagi nih aku bukan nak tulis pasal hujan.. aku nk kongsi sikit apae yang aku tau mengenai fotografi nih..

Fotografi ni bukan lah satu perkara yg susah sgt nak paham sebenarnya, bergantung kat minat korang.. atceli kalau sesiapa yg ambil bidang photographer nih.. mesti dia kata "ala, benda nih basic la.. senang je fotografi nih.." tapi kalau orang yg mmg xminat lam fotografi dorang comfrom kata susah la bidang nih.. haa.. apa yg susah sgt aku pon tak tau la.. jom.. aku nak aja sikit ape yg aku belajar.. tak salah kalau kongsi Ilmu nih..

korang kalau nak expert dalam fotografi nih, tak payah pakai DSLR camera pon takpe.. ade compaq camera pon dah boleh, camera enset? sape kata tak boleyh? boleh je.. kadang2kan gambar yg hasil snap daripada enset lagi lawa berbanding camera2 lain.. Yang penting tau fungsi2 asas kat kemera tu..

First skali aku nak tekankan.. 

Fahami Pencahayaan:
Secara teori ataupun teknikalnya pencahyaan mmainkan peranan penting utk menghasilkan gambar yang cantik.. so, korang kena lah paham dan tau keadaan, arah, dan jumlah cahaya disekeliling untuk memberi kesan yg jelas pada gambar. Salah satu teknik untuk mendapatkan pencahayaan yg baik adalah dgn manfaatkankesan terang dan gelap (bayang). 
     Sebelum korang nak snap pic tuh pastikan lah korang tau kedudukan cahaya tuh.. jgn la gelap sgt ataupun bertentangan ngan cahaya..nanti gambar tak cantik.
Flash, kalau boleyh elakkan penggunaan flash bila nak ambil gambar yang berkilat seperti kaca dan besi sebab pantulan cahaya akan menghasilkan tompok putih yg mencacatkan gambar.
     Untuk mendapatkan cahaya terbaik, photographer selalunya pilih waktu pagi atau lewat petang untuk shoot.. Contoh terbaik ketika matahari terbit dan terbenam.. mmg the best,, ahaa..:D



Kedudukan Subjek:
Kedudukan subjek didalam bingkai atau disebut 'komposisi' juga satu perkara penting yg perlu korang tau dan faham. Ia akan menetukan penyampaian mesej dan jalan cerita pada etipa gambar. Cara paling mudah nak memahami konsep komposisi ni, korang boleh aktifkan fungsi garisan menegak dan melintang atau grid yang ada didalam menu kamera kompak dan DSLR, enset tak de la.. tapi korang boleyh adjust sendiri kedudukan subjek tuh ikut kreativiti korang.
     Garisan 9 kotak yg dinamakan rule of third ni berfungsi sebagai panduan kedudukan subjek diantara titik2 persimpangan, gambar akan menyampaikan cerita dengan cara yang lebih mudah nak difahami.

contohnya gambar nih nampak menarik sebab gambarnya berat disebelah kiri tapi seimbang dengan jalan yg lurus tuh.. :)

*Peraturan ini walaupun bukan sesuatu yang wajib tetapi boleh dijadikan rujukan untuk mendapatkan subjek yang seimbang dengan latar belakang.

Penentuan Arah:
Selain konsep komposisi, yang berkait rapat dengan keseimbangan gambar ialah memasukkan arah pergerakan dan haluan subjek adalah satu lagi cara untuk menempurnakan komposisi dan menghiduokan gambar.
     Dengan cara itu, gambar memaparkan pergerakan subjek dari titik A ke titik B sekali gus memberi gambaran tentang apa yang berlaku. Pergerakan di lebuh raya dan aliran air di sungau misalnya tidak akan lengkap tanpa memasukkan arah dan haluan kemana ia bergerak.



Kesederhanaan:
Sebelum korang 'menggubah' gambar yg diinginkan.. cube korang fikir jap pe tema yg korang nak buat. Masukkan terlalu banyak perkara dalam satu gambar tidak bg mesej ape2 pun kat gambar tu,so, jangan la serabut sgt.. sebaliknya menjadikan gambar takde fokus. Faham tak? contohnya, nak shoot gambar ahli keluarga dengan latar belakang bangunan Universiti cukup untuk menyampaikan keceriaan di sebuah majlis konvokesyen berbanding gamabr ditengah-tengah orang ramai.. cuba korang bayang kan.. betukl tak.. yang penting kesedehanaa dalam gambar..
     Tapi, keederhanaan dalam gambar bukannya bermaksud kita perlu kekal sepanjang masa dengan cara ringkas yang mungkin membosankan. Mempelbagaikan perspektif rakaman dari arah unik serta berbeza seperi dari bawah dan atas dapat menjadikan subjek lebih menonjol.




Dah.. ni je 4 perkara basic yg aku nak kongsi kan ari nih.. aku harap info yg kau share harini usefull kat korang.. eventhough korang tak minat fotografi, thanks sebab baca.. Nanti kalau ade lagi iimu yang aku dapat ttg fotografi nih, aku akan share kat sini ek.. thanks also be my follower..

p/s: elok je aku habis tulis entry ni, hujan pon benti.. hahah :p

0 orang berbicara:

..::Nuffnang Ads::..