Tuesday, December 14, 2010

"tercicir tapi berjaya"

loading.....68%





malam ni internet low sikit.. aku tak tau la pasal ape, mungkin sebab "die" tau aku nak membebel byk kot kat blog malam ni.. aku nak cerita sikit banyak ni, sebelum tuh nak tanya korang2 la, betul ke pendidikan tu betul2 menjamin masa demam depan kita??(jawab dalam hati je!) kalau ye, kenapa?

Orang kat luar sana, ramai yang beranggapan ilmu adalah kunci kejayaan dalam hidup. Kenapa? memang dah terbentuk dalam pemikiran hampir semua daripada kita ni nak berjaya mesti belajar sampai ke universiti (kalau tak sampai universiti tu tak berjaya la?)  Bila dah abes blaja je (tamat pengajian), diaorang rasa, hidup diaorang akan lebih terjamin dan masa depan yang lebih cemerlang,gemilang dan terbilang menanti untuk diterokai.(betul ke?)

tapi,, kenapa smpai sekarang masih ada yang keliru dengan apa yang dimaksudkan dengan ilmu. Adakah sekadar menamatkan pengajian sudah cukup untuk mendabik dada bahawa diri mereka dah terlalu bijak dan berjaya??. Ramai juga yang masih terumbang ambing, menjadi penanam anggur yg tak tau bila akan berbuah dihalaman sendiri setelah menamatkan pengajian sama ada dalam mencari pekerjaan, membina kerjaya mahupun mencari matlamat hidup sendiri. kalau korang nak tau, ilmu yang kita dapat kat universiti atau mana2 tempat pengajian tu adalah sekadar landasan kukuh untuk menempa hidup yang lebih baik je lepas ni, tapi tak semestinya ia mampu melakar dan menjadi yang terbaik. Pengalaman hidup yang diperoleh sama ada melalui kejayaan mahupun kegagalan  adalah ilmu yang paling baik pernah diterima manusia dalam membentuk diri menjadi lebih sempurna. (betol tak?)

kalau tak, kenapa ramai je  manusia yang berjaya malah ada yang sehingga menjadi antara manusia terkaya dunia walaupun tak menamatkan pengajian diperingkat universiti mahupun sekolah menengah. kalu korang tau dalam bayak2 manusia terkaya dunia ramai di antara mereka sebenarnya tidak menamatkan pengajian atau persekolahan seperti mana yang dilalui oleh Bill Gates, Steve Jobs, Richard Bronson. Keadaan ini juga berlaku kepada mereka yang lebih senior seperti Walt Disney, Henry Ford, Ingvar Kamprad atau generasi muda sekarang seperti Mark Zuckerberg dan beberapa nama lagi.                                                                                     

korang tgk la sendiri generasi yang menempa nama dalam dunia perniagaan sehingga ada yang bergelar bilionair, sememangnya cerita bagaimana mereka bermula adalah sesuatu yang menarik untuk diperkatakan. Apatah  lagi mereka ini bermula "tanpa sebarang sijil ditangan"malah“hanyut” ketika disekolah lagi. Generasi terawal ini seperti Walt Disney, Henry Ford mahupun taikun perjudian Malaysia, mendiang Tan Sri Lim Goh Tong semuanya memiliki satu persamaan tidak menamatkan persekolahan atas faktor kemiskinan.                             

Korang tau sejarah Henry Ford tak??  yang menawan dunia dengan penciptaan kereta murah Model T, beliau sememangnya mencipta kejayaan dari bawah. Tidak menamatkan persekolahan apabila mencecah usia 16 tahun, lelaki yang dilahirkan  pada 30 Julai 1863, kemudian bekerja sebagai jurumesin dan sebelum berhijrah menjadi mekanik yang pakar dalam enjin stim. Beliau membuktikan tanpa pelajaran yang tinggi namun berjaya menjadi jurutera di Edison Illuminating Company yang dimiliki oleh pencipta terkenal, Thomas Edison.(pencipta lampu!)           

Dengan sokongan kewangan dari beberapa jutawan seperti Alexander Y. Malcomsom, John dan Horace E. Dodge Ford mula membina model kereta Ford 999. Namun impak besar mula dirasai setelah Model T dikeluarkan pada 1908. Kejayaan yang dicipta oleh beliau mencatat sejarah bermulanya pengeluaran kereta secara besar-besaran. Ini kemudian membolehkan beliau menjadi antara bilionair terawal dunia sebelum kematiannya pada 1947 dengan aset dan wang tunai mencecah AS$188.1 bilion (RM601 bilion), jumlah berdasarkan tahun 2008.(seronok gila lau aku ade macam ni, mimpi je lebih!)                                            

tadi Henry ford.. korang tau tak Disneyland tuh.. taman yang terkenal kat dunia ni, mesti korang tau kan?? tipu la kalau tak tau, (tak penah pegi tu caya la gak) ni nak cerita sikit tentang pengarah, penerbit dan pengasas taman tema Disneyland, Walter Elias “Walt Disney” yang tidak menamatkan sekolah apabila mencecah usia 16 tahun. Bagi lelaki yang mempunyai susur galur dari Ireland ini, kejayaan yang diraih tidak mengubah imej dan karakter beliau yang sentiasa merendah diri. Sebaik berhenti sekolah beliau mendaftarkan diri untuk menjadi tentera namun ditolak kerana bawah umur dan kemudian bekerja sebagai pemandu ambulans di Palang Merah.

Dia pernah bankrap! tapi tak give-u pun..                                                                                                                                       
Disney memulakan karier dalam bidang perfileman terutama dalam industri kartun dan animasi dari bawah. Bermula sebagai pelukis kartun untuk majalah dan suratkhabar, syarikat pengiklanan, malah pernah jatuh bankrap kerana gagal mengurus kewangan syarikat animasi miliknya Laugh-O-Gram Studio dengan baik.    Namun pengalaman yang dilalui ketika susah menjadi ilmu paling berharga sehingga membolehkan empayar perniagaan berkembang seperti mana yang kita lihat sekarang. Disney kemudiannya mencipta nama di Hoolywood melalui pelbagai animasi yang mencuit selera penonton antaranya Mickey Mouse, Snow White, Donald Duck dan pelbagai lagi.
                                                                                                   
Meneruskan legasi jutawan yang tidak menamatkan pendidikan, antara yang paling menonjol dalam generasi seterusnya ialah pengasas syarikat IKEA Ingvar Kampard. Pernah dengar tak perabot jenama IKEA?? haa, ni nak cerita sikit.. Beliau yang kini berusia 84 tahun memulakan perniagaan pada usia muda dengan menjual pelbagai barangan yang dibeli pada harga yang murah kepada kenalan dan ahli keluarga. Selepas berhenti sekolah pada usia 17 tahun, beliau telah membuka IKEA dengan pemberian wang oleh bapanya berikutan keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Pada awalnya perniagaan tersebut telah menjual pelbagai barangan namun kemudian tertumpu kepada perabot sejak 1947.      

Nama IKEA yang diambil dari cantuman IK-Ingvar Kampard E-Elymtaryd (nama ladang ketika kecil) dan A-Agunnayrd (nama perkampungan asalnya) telah memberi tuah kepadanya sehingga membolehkan beliau menduduki tempat ke 11 orang terkaya dunia dengan aset sebanyak AS$23 bilion (RM73.6 bilion).                                                                                                                                                   

Begitu juga beberapa nama dari Asia seperti Li Ka-Shing yang kini "menduduki tempat ke 14 terkaya dunia". Merantau pada usia yang muda ke Hong Kong walaupun dilahirkan  di Guangdong, China, kemudian kematian bapa ketika  berusia 15 tahun telah memaksa beliau berhenti sekolah dan bekerja disebuah kilang plastik. Hasil dari kepayahan hidup telah memberi beliau pengalaman luas dan kemudian memulakan perniagaan pertama, Cheung Kong Industri pada 1950 dalam bidang barangan plastik sebelum berkembang dalam pelbagai industri lain seperti hartanaah, tenaga, telekomunikasi dan pelbagai lagi.                                                                  

Bagi generasi seterusnya nama-nama mereka yang tercicir ketika pengajian tidak lagi perlu diperkatakan. Antaranya Bill Gates dan rakannya Paul Allen yang berhenti belajar di Harvard untuk menumpukan perhatian dalam pembangunan perisian komputer pada 1975. Pada tahun yang sama beliau menubuhkan Micro-soft dan kini syarikat tersebut telah membantu beliau menjadi orang paling kaya di dunia.

Membina (bukan bina Badan)                                                                                                                                         
Begitu  juga yang berlaku kepada seorang lagi tokoh industri teknologi maklumat Steve Jobs. Pada penghujung 1970-an, Jobs dengan pengasas bersama Apple Steve Wozniak dan Mike Markkula telah mereka bentuk, membina dan memasarkan komputer peribadi pertama di dunia. Setelah keluar dari Apple pada 1985 akibat perebutan kuasa dan masuk kembali pada 1996, beliau kini  membuktikan tindakan meninggalkan pengajiannya suatu ketika dahulu telah berjaya membuahkan hasil yang sangat lumayan.                                                                                            

Begitu juga yang berlaku kepada pengasas Virgin Records, Richard Branson. Walaupun bapa dan datuknya merupakan hakim-hakim terkenal dan berpengaruh di England namun jejak itu tidak terdapat pada Branson. Beliau menamatkan persekolahan pada usia 16 tahun dan kemudian menerbitkan majalah Student sebelum membuka syarikat rakaman Virgin Records pada 1982. Jenama Virgin semakin mengembang pada 1980-an dengan tertubuhnya Virgin Atlantic Air dan kini sudah mula terlibat dalam pelancongan ke angkasa lepas untuk masa depan.                                                                                                                                                          
tipu kalau korang tak kenal Mark Zuckerberg!!  Mark Zuckerberg yang kini menakluki dunia melalui facebook. Beliau yang hanya berusia 26 tahun juga tidak menamatkan pengajian kerana ingin mengembangkan potensi facebook. Facebook mula diperkenalkan dari bilik asrama Zuckerberg ketika menuntut di Universiti Harvard pada Februari 2004 sebelum ia tersebar ke universiti dan kolej-kolej lain seperti Stanford, Dartmouth, Columbia, New York University, Cornell, Brown dan Yale. Melihat kepada kejayaan yang diperoleh kesemua tokoh yang dinyatakan, pastinya kejayaan mereka berlandaskan kepada kesungguhan, usaha, kreativiti, sifat percaya kepada kebolehan dan keupayaan diri sendiri.                                                                                                 
lepas ni korang jangan lak pikir yang tak payah belajar pun boleh berjaya!!. korang kena la tanya balik kat diri korang sendiri dari berbilion penduduk dunia hanya beberapa kerat je yang terpilih untuk berjaya tanpa pelajaran tinggi.                                             

Mungkin satu ketika dulu kemiskinan telah memaksa mereka ni berhenti belajar dan kemudian bekerja untuk menyara hidup. Langsung tidak terlintas dalam fikiran Henry Ford dan Walt Disney bahawa mereka akan menjadi begitu berjaya.                                                            

Apa yang belaku kepada mereka ini akibat minat yang begitu mendalam dalam bidang yang mereka minati, membuka ruang untuk ia dieksploitasi hingga ke tahap maksimum dan akhirnya membuahkan hasil yang lumayan.                                                                             
Mungkin jika kita sudah mengenalpasti minat dan kecenderungan yang boleh membuahkan hasil agak logik juga untuk berhenti belajar. Tetapi jika hanya sekadar mahu berhenti belajar sebab malas dan kemudian berangan-angan untuk menjadi kaya pasti itu satu tindakan paling bodoh yang seseorang lakukan dalam hidupnya.

korang setuju tak dengan aku??  hehe, terimas yak kerna sudi baca, cume nak kongsi ape yang aku tau je.. hehe..
pendidikan tu penting!!


start mengarang: kul 9.16am
tempat: Library PSA

0 orang berbicara:

..::Nuffnang Ads::..